SEBUT sahaja nama Rina, si comel yang merupakan anak kesayangan pasangan Ryzal Ibrahim dan Maryam itu, pasti ramai yang terbayang gelagatnya yang aktif serta bijak.

Ada sahaja aksi comel dan gaya yang ditunjukkan menerusi video mahupun gambar pegun dalam media sosial mengundang perhatian ramai.

maryam

Terbaharu, satu hantaran video dalam Instagram @duriankimchijunior memaparkan gelagat beliau yang sedang ketawa dengan riak wajah berseri-seri.

Baca ni ‘Terletak elok, tak sibuk nak cabut.’ Maryam kongsi video Rina sarung hijab & jubah raih pujian ramai. Comelnya!

IKUT PERANGAI MOMMY

Rupa-rupanya, cahaya mata kepada pasangan pempengaruh media sosial popular itu sedang bermain aplikasi Talking Tom.

Aksi ketawanya yang ditiru oleh Tom membuatkan kanak-kanak berusia dua tahun itu semakin terhibur.

rina

Reaksi si kecil itu menimbulkan kelucuan dalam kalangan warga maya terutama yang menonton video berkenaan.

Masakan tidak, beliau yang begitu seronok melihat aksi Tom tertawa sehingga mata tertutup.

Baca lagi ‘Orang nampak cantik je.’ Dedah anak meragam & sepah rumah waktu live tutorial mekap, MUA Bellaz dipuji suri rumah vouge!

Nampak sangat Rina begitu happy apabila bermain aplikasi tersebut.

Bahkan, ada yang mengatakan si kecil itu semakin banyak mengikut perangai mommynya terutama bab ketawa.

Berikut antara komen warga maya yang menonton video berkenaan:

‘Sorang-sorang pun boleh gelak. Cute budak ini.’

‘Comellah Rina ni. Geram tengok si kecil ini ketawa.’

maryam

‘Ya ALLAH kelakar sebiji macam mommy.’

Iklan

‘Bagus Rina hilang stres.’

‘Pandai Rina gelak lentok-lentok ke belakang ye.’

Baca lagi

‘Baju, seluar besar. Itu pun sudah lucu.’

‘Tidak sabar nak tengok Rina besar. Nak dengar Rina cakap Korea dan bahasa Melayu. Cute!

maryam

Iklan

‘Sebiji macam maknya.’

‘Gelak sebiji Maryam.’

Sumber: Instagram @duriankimchijunior

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang