SELEPAS seminggu meninggalkan pentas Big Stage 2020, Farisha Iris meluahkan rasa terkilan apabila rakan-rakannya yang masih berjuang dalam program tersebut yang dikatakan telah mengeluarkan satu kenyataan yang dianggap tidak menjaga sensitiviti dirinya dalam sebuah program hiburan, Selasa lalu.

Kata Farisha, menerusi temubual dalam program terbabit, mereka seolah-olah memberi bayangan gembira dengan penyingkirannya pada konsert separuh akhir, minggu lalu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Tak Malu itu mengakui terasa hati dengan kenyataan tersebut dan tidak menyangka ia keluar daripada mereka yang dianggap sebagai rakan baik sepanjang program tersebut berlangsung.

“Saya tak rasa sedih langsung kerana tersingkir, tiada terlintas di hati. Tapi saat melihat video ini (petikan temubual) saya kecewa dan sedih atas kenyataan tersebut. Mereka seolah-olah gembira atas penyingkiran saya.

“Kenyataan tersebut seolah-olah, ‘nasib baik Farisha yang tersingkir, bukan Qody’. Sepatutnya mereka faham program tersebut adalah live, seharusnya tahu etika menjawab soalan dan menjaga sensitiviti,” katanya.

Tambah Farisha, meski dia dilihat seorang yang sentiasa ceria, tetapi dia juga mempunyai hati dan perasaan.

“Hati yang hancur, bukan mudah mudah untuk diubati. Ia mengambil masa. Saya boleh gelak ketawa, happy go lucky tapi saya juga ada hati dan perasaan,” luahnya.

Iklan

Luahan daripada Farisha di laman Twitter miliknya itu mendapat maklum balas yang pelbagai daripada peminat dan pengikutnya termasuk mereka yang menganggap ia hanyalah salah faham.

“Anda tidak berada di tempat saya dan tidak tahu apa yang saya rasa. Saya tidak membencinya, dia adalah kawan saya. Saya sangat sayangkan persahabatan ini tetapi apa yang terjadi ini sangat mengecewakan saya,” ujarnya.

Iklan

 

(FOTO & SUMBER: Twitter Farisha Iris)