PENYANYI dan usahawan, Mila Jirin tidak pernah menjangkakan bahawa bisnes dewan perkahwinan dan katering serta agensi pelancongan yang diusahakannya selama lapan tahun terjejas dek pandemik Covid-19.

Bicara pengasas Bizmilla Wedding Centre dan Bizmilla Travel itu pada fasa awal beliau hampir rebah kerana langsung tidak bersedia dengan situasi getir sedemikian.

Pun begitu, demi menjaga periuk nasi para pekerja dan kelangsungan operasi syarikat yang dibina bersama suami, Isz Mustapha selebriti berusia 34 tahun itu bangkit ditemani semangat baharu.

Apakah solusi yang dilakukan oleh juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) dalam menguruskan turun naik perniagaannya itu?

Jom ikuti kupasan lanjut sesi Live SinarPlus kendalian Addy Junaidi bersama Mila atau nama sebenarnya, Norsyarmilla Jirin baru-baru ini.

mila jirin
BAHAGIA. Mila disamping suami, Isz Mustapha dan anak tunggalnya bernama Mohd Arif Zikri.

Bagaimana Mila menguruskan mental, fizikal dan emosi melibatkan bisnes sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan?
Saya melihat pelaksanaan PKP mempunyai hikmahnya tersendiri.

Tidak dinafikan pada fasa pertama ia dilaksanakan saya begitu paranoid dan blur kerana tidak pernah berdepan dengan situasi seumpama ini.

Tak tahu apa yang perlu dilakukan sehingga staf pulang ke kampung halaman masing-masing. Saya jadi stres dek memikirkan kos operasi perniagaan yang tetap berjalan, namun sedikit lega kerana mempunyai simpanan tunai ketika itu.

Bagaimanapun, apabila tempoh PKP dilanjutkan dari semasa ke semasa, maka rasa paranoid tersebut saya tukar kepada reda dan pasrah. Jika terlalu beremosi sukar untuk saya berfikir secara waras merancang langkah seterusnya.

Setakat ini kira-kira 58 peratus staf Bizmilla masih bertugas mengikut penggiliran syif manakala selebihnya bekerja dari rumah.

Itupun saya selalu berpesan supaya menjaga dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana mereka telah mengorbankan kesihatan bekerja bagi membantu syarikat menjana pendapatan.

mila jirin
SELAIN nasi Arab, Mila juga menjual durian, kek dan pastri demi kelangsungan operasi syarikat sepanjang pandemik Covid-19.

Boleh Mila kongsikan tip yang dilakukan mengendalikan bisnes dalam situasi pandemik Covid-19?
Nasihat saya jangan panik dan usah terus meratapi kesedihan.

Usahawan perlu mengenal pasti ‘aset’ perniagaan dimiliki yang merujuk pada kumpulan pekerja.

Fikirkan apa yang staf boleh lakukan bagi membantu menjana pendapatan syarikat dalam situasi hari ini. Bizmila Wedding Centre misalnya, antara perniagaan tidak dibenarkan kerana ia melibatkan aktiviti sosial.

Lalu, saya mencari alternatif lain. Hasil perbincangan bersama team kami menggunakan central kitchen untuk menjual makanan walaupun perolehan pendapatan tak sama seperti sebelum ini.

Tapi, jangan berputus asa kerana kita perlu kreatif mempelbagaikan produk antaranya saya jual durian, kek, pek nasi Arab menggunakan teknik masakan di bawah tanah dan macam-macam lagi.

mila jirin
BICARA Mila, pek nasi Arab yang dijual menggunakan teknik masakan di bawah tanah.

Mungkin Mila boleh kongsikan sampai ke tahap mana bisnes terjejas teruk dek pandemik Covid-19?
Satu perkara yang saya tak pernah berdepan sebelum ini adalah terpaksa menanggung hutang sehingga perlu memohon Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Pinjaman tersebut saya manfaatkan antaranya membantu melancarkan aliran tunai yang stuck.

Bukan itu sahaja, gaji pekerja pun terpaksa dikurangkan memandangkan hasil pendapatan syarikat menurun sebanyak 95 peratus berikutan pandemik. Walhal, selama lapan tahun beroperasi seboleh-bolehnya saya tak nak buat pemotongan gaji staf.

Iklan

Selain itu, keputusan paling berat dilakukan apabila terpaksa memberhentikan sesetengah pekerja manakala pekerja yang kekal dilatih menjadi multitasking.

mila jirinBaru-baru ini Mila memuat naik sekeping foto berwarna hitam dan tertera perkataan ‘gelap’. Apakah signifikasi gambar tersebut?
Pandemik ini telah menyebabkan bisnes Bizmilla Wedding Centre dan Bizmilla Travel terjejas teruk dan saya menjangkakan dua industri ini antara terakhir yang akan dibuka semula.

Rakan bisnes sealiran terutamanya yang menjalankan industri perkahwinan turut mengalami situasi serupa.

Pada satu tahap ada yang terpaksa menutup perniagaan termasuk menjual dewan, kelengkapan dekorasi perkahwinan dan barangan katering demi kelangsungan diri dan para pekerja.

Justeru, perkongsian foto ‘gelap’ itu adalah untuk menyuntik semangat kepada rakan-rakan bisnes bahawa mereka tidak bersendirian kerana sebahagian besar usahawan juga sedang struggle.

Insya-ALLAH kita akan mendapat kemenangan pada penghujung perjuangan ini. Yakinlah kerana DIA sudah menyusun cantik perjalanan rezeki manusia, asalkan kita terus berusaha dari semasa ke semasa.

mila jirinTitipan Mila kepada para usahawan…
Insya-ALLAH kita akan memperoleh kemenangan pada penghujung perjuangan ini. Yakinlah kerana DIA sudah menyusun cantik perjalanan rezeki manusia, asalkan kita terus berusaha dari semasa ke semasa.

Pada masa sama, sentiasa menggembleng tenaga dan idea bersama pekerja dalam mencari penyelesaian dan alternatif terbaik untuk syarikat.

Iklan

 

 

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)