Miliki 329 anugerah, Siti Nurhaliza atasi Celine Dion, Justin Timberlake

A
A
A

PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengharumkan nama Malaysia dan nama beliau sendiri apabila tersenarai dalam Top 100 Most Awarded Musicians of All-Time atau 100 penyanyi yang menerima augerah terbanyak.

Dalam senarai yang dikeluarkan oleh The Artist Museum itu, Siti berada di kedudukan ke-27 dengan jumlah anugerah yang dimenanginya sebanyak 329, sejak berkecimpung sebagai penyanyi bermula tahun 1995.

Top 100 Most Awarded Musicians Of All-TimeBarisan artis yang tersenarai dalam Top 100 Most Awarded Musicians Of All-Time.

Lebih membanggakan, figura berusia 43 tahun itu mengalahkan nama penyanyi antarabangsa lain seperti Justin Timberlake (28), Celion Dion (33), Alicia Keys (38) dan Christina Aguilera (44).

Sebelum ini, penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu pernah beberapa kali menerima anugerah di peringkat antarabangsa seperti di MTV Asia, Voice of Asia dan Shanghai Music Festival.

Siti juga pernah tersenarai sebagai 100 individu paling berpengaruh dalam dunia digital di Asia dan tersenarai antara 500 Wanita Muslim Paling Berpengaruh sebanyak tiga kali.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca