PENYANYI dan pelakon, Azira Shafinaz berkongsi berita duka apabila menjadi mangsa Covid-19 yang seterusnya.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Azira, 31, menyifatkan keputusan ujian calitan yang positif ibarat mimpi buruk yang menjadi kenyataan.

“Mimpi terburuk saya akhirnya jadi nyata hari ini. Dengan berat hati, saya ingin maklumkan bahawa saya disahkan positif Covid-19.

“Saya minta maaf kepada semua yang berkontak rapat dengan saya, sila lakukan ujian dengan segera,” tulisnya.

Azira juga turut memohon maaf kerana terpaksa menunda semua kerja seninya termasuk penggambaran yang sedang berjalan.

“Maafkan saya kerana telah menyusahkan. Insya-Allah saya akan segera baik dan doakan kesembuhan saya kerana ada banyak kerja yang tertangguh sebab ini (positif Covid-19).

Iklan

“Omicron bukan main-main. Semalam ujian PCR saya negatif dan hari ini tiba-tiba ujian PCR kali kedua saya positif.

Iklan

“Saya harap semua jaga diri dan kekal selamat pada musim sekarang. Minum banyak air kosong dan ambil suntikan penggalak. Tolong jaga diri,” pesannya.

Rata-rata rakan artis turut mendoakan kesihatan Azira dan berharap anggota De Fam itu cepat sembuh.