PLATFORM radio Media Prima Audio (MPA) melancarkan inisiatif bersama platform kumpulan Media Prima untuk mengumpul dana bagi Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP dengan menganjurkan Program Amal COVAiD #BaikSemula.

Program ini akan diterajui oleh Hot FM, bersama-sama dengan Buletin FM, Fly FM dan 8 FM berserta platform Media Prima Berhad yang lain bertujuan mengumpul dana untuk petugas barisan hadapan dalam perjuangan mereka melawan Covid-19.

Program Amal COVAiD #BaikSemula ini akan menampilkan 43 artis terkemuka tanah air yang akan membuat persembahan dari rumah mereka sendiri.

Antara yang akan membuat persembahan ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Naim Daniel, Hujan, Hael Husaini, Hazama and The Penglipurlara, Nabila Razali, Ernie Zakri, Syamel, Kmy Kmo, Luca Sickta, Faizal Tahir, Siti Nordiana, Tuju, Alif Satar & The Locos, Adrian dan ramai lagi.

Program ini juga bertujuan memberi galakan kepada orang ramai supaya terus duduk di rumah dan melihat persembahan sambil beramal menerusi dana yang disalurkan.

Iklan

Program Amal COVAiD #BaikSemula ini akan berlangsung selama 24 jam menerusi akaun YouTube Hot FM, Hot TV pada 4 September 2021, bermula 12 tengah malam.

Orang ramai yang berminat untuk menderma boleh melakukannya melalui perbankan dalam talian atau membuat deposit ke Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP di nombor akaun (Maybank: 5141 0532 3170).

Iklan