PENYANYI terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi Yayasan Nurjiwa melancarkan kempen Perfect 10, Perfect Love untuk membantu kanak-kanak yang tidak bernasib baik.

Kempen yang menyaksikan kolaboratif bersama Alpha IVF & Pakar Wanita (Alpha IVF) bersempena ulang tahun ke-10 pusat rawatan kesuburan itu dan kejayaan mereka membantu pasangan berdepan kesukaran untuk hamil mendapatkan anak menerusi rawatan kesuburan.

Menurut Siti 42, kempen tersebut merupakan satu inisiatif untuk menggerakkan komuniti bagi membantu kanak-kanak kurang bernasib baik itu menerusi sumbangan kewangan.

Iklan

Mensasarkan pengumpulan dana sebanyak RM500,000, ia diharapkan dapat membantu memberikan perlindungan dan masa depan lebih baik buat mereka.

Iklan

“Saya terdorong menyertai kempen ini kerana mahu setiap kanak-kanak mendapat perlindungan dan penjagaan dalam semua aspek serta dapat menjalani hidup seperti orang lain.

“Kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini wajar dan berhak mendapat perhatian serta bantuan daripada kita, apatah lagi dalam keadaan pandemik Covid-19 ini,” katanya yang kini bergelar ibu kepada dua cahaya itu.

Orang ramai boleh membuat sumbangan dalam bentuk tunai atau cek ke akaun YAYASAN NURJIWA (Maybank 5144 8610 6455) sebelum 30 Jun depan.