PENYANYI dan komposer, Daus Eli, mengambil pendekatan untuk berdakwah menerusi penghasilan karya seninya sendiri.

Kata bekas peserta program Akademi Fantasia musim kelapan itu, dia sebenarnya sudah lama menghasilkan karya berkonsepkan kerohanian, cuma belum mempunyai keyakinan diri untuk memperdengarkan kepada umum.

“Saya memilih lagu kerohanian keranaia merupakan salah satu genre yang dapat mendorong pendengar, khususnya anak-anak muda untuk sentiasa mengingati Sang Pencipta dalam apa pun keadaan,” ujarnya.

Berpegang pada misi itu, Daus tampil mempertaruhkan karya ciptaannya, Ku Berserah yang dinyanyikan bakat baharu, Rahman Mann.

“Banyak mesej penting yang saya sampaikan dalam lagu ini. Namun ia sangat mudah difahami kerana bait liriknya ditulis ringkas dan tidak terlalu mendalam.

“Saya berharap agar karya ini akan menarik perhatian golongan muda, sekali gus dapat menyebarkan mesej positif yang dibawa,” katanya.

Daus makin selesa dengan kerja belakang tabir.

Berkongsi kecenderungannya yang kini lebih banyak terlibat dengan kerja-kerja di belakang tabir, Daus atau nama lengkapnya Muhd Shahril Firdaus Eli, 34, mengakui mahu memberi peluang kepada barisan bakat baharu untuk mengembangkan bakat mereka.

“Saya percaya, banyak bakat muda yang patut diketengahkan dan diberikan peluang untuk menyerlah.

Iklan

“Sementara saya pula makin selesa bekerja di belakang tabir dan berasa lebih seronok berkongsi ilmu tentang muzik selain dapat berdakwah melalui karya.

“Saya teruja dapat tampil dengan karya sebegini, berkongsi mesej positif dan berdakwah,” katanya yang pernah popular dengan lagu Kenapa.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.