KUMPULAN Otai dan Bahye sekali lagi terselamat di pusingan penyingkiran apabila juri tetap, Noh Hujan mengumumkan tiada penyingkiran di minggu kelapan Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021).

Program yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Jumaat itu turut menyaksikan kumpulan Puteh berada di tiga tangga terendah.

Pengumuman itu melayakkan tiga kumpulan itu meneruskan perjuangan ke minggu akhir bersama Tiro, Boro dan Tobat.

Sementara itu, kumpulan Tobat mengguli tangga pertama menerusi dua tema persembahan iaitu Pesta Keraian bersama KFC dan Komedi Bermoral bersama agamawan atau motivator.

Ia sekali gus melayakkan kumpulan itu memenangi Anugerah Pedas Lawak Tak Ingat dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 beserta produk Adabi bernilai RM500.

Persembahan peserta MLM2021 diadili lima juri tetap diketuai Datuk Rosyam Nor, Uqasha Senrose, Diana Danielle, Noh dan juri misteri yang dirahsiakan identitinya, Sang Bara.

Iklan

Barisan juri mewakili lima ‘Ha’ dan 70 peratus (%) markah, manakala 30% lagi daripada undian penonton menerusi platform digital Gempak.

Berikut markah keseluruhan 6 kumpulan pada minggu suku akhir :

Iklan
  1. Tobat 47%
  2. Tiro 92%
  3. Boro 38%
  4. Bahye 27%
  5. Puteh 59%
  6. Otai 58%

MLM2021 menggabungkan barisan pelawak baharu dan lama untuk berentap merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM500,000.

Program itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (107), setiap Jumaat, bermula jam 9 malam.