Momo Twice, Heechul Super Junior sah berpisah

Untitled design (11)
Untitled design (11)
A
A
A

KESIBUKAN jadual kerja sering dijadikan alasan kepada perpisahan pasangan selebriti Korea Selatan.

Keadaan sama turut berlaku kepada anggota kumpulan Twice, Momo dan Super Junior, Kim Heechul.

Berita perpisahan itu disahkan oleh kedua-dua agensi artis terbabit, JYP Entertainment dan SJ baru-baru ini.

"Kami telah mendapatkan kepastian daripada artis dan benar mereka telah berpisah. Diharapkan anda semua dapat memahami kerana kami tidak dapat memberikan penjelasan secara terperinci disebabkan ia melibatkan kehidupan peribadi artis," kata jurucakap SJ.

Pasangan itu dilaporkan secara rasmi mengesahkan hubungan asmara mereka pada Januari 2020 selepas beberapa kali menafikan berita tersebut.

Kedua-duanya telah bercinta sekitar satu setengah tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca