AKHIRNYA menjawab teka-teki ramai mengenai desas-desus kehamilan pelakon Intan Ladyana, 39.

Menerusi perkongsian terbaru rakaman video di Instagram (IG) suaminya yang juga pelakon dan pengacara Harris Alif, 22, yang menunjukkan dia bersama pendakwah popular, Ebit Lew.

Dalam video tersebut, Haris meminta Ebit mendoakan untuk isterinya yang tercinta.

Ebit menitipkan kata-kata kebahagian rumah tangga pasangan tersebut agar kekal hingga ke akhir hayat.

Selain itu, Ebit turut menyelitkan doa agar kandungan Intan dilindungi ALLAH serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Semoga Haris dan Intan ALLAH beri sentiasa berbahagia sampai bila-bila. Mati pun tidak dapat dipisahkan. Bersama-sama di Syurga Firdaus.

“Mudah-mudahan selamat Insya-ALLAH kandungan anak soleh, solehah. Zuriat sampai kiamat buat insan yang buat kebaikan atas dunia ini, ALLAH sayang,” titip Ebit.

Video yang berkapsyen “hadiah istimewa dari Ustaz Ebit untuk awak, sayang @intanladyana” kini telah mendapat hampir 90,000 tontonan.

Intan dan Harris disatukan sehari lebih awal.

Justeru, secara tak langsung, doa Ebit itu telah menjawab teka-teki mengenai berita kehamilan aktor cantik itu.

Posting tersebut turut dihujani ucapan tahniah daripada pengikut serta warga maya.

Iklan

Rata-ratanya turut mendoakan agar urusan Intan dan Harris dipermudahkan ALLAH.

Terdahulu, Harris dalam temu bual bersama media sebelum ini memberitahu akan berkongsi khabar gembira itu bila tiba masanya.

Baca juga ‘Kurang sebulan bergelar PM, cepat betul buat kerja…’ – Cik Yah puji PM

Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari lalu. Perkahwinan pasangan selebriti itu turut mencuri perhatian warganet disebabkan 17 tahun jurang usia.

Semoga Harris dan Intan sentiasa berbahagia.

Iklan

Sumber: Instagram @harrisalif

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)