BAKAT baharu yang semakin meningkat naik, Cik B memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya.

Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen Mohd Amin berkata, setakat ini dia berada dalam keadaan baik dan hanya mengalami simptom kehilangan deria bau.

“Saya terkena jangkitan Covid-19, mata merah, bibir kering, tapi tak apa, tiada yang serius. Cuma saya tidak boleh bau, rasa masih boleh.

“Saya baharu sahaja kena sekarang sedang kuarantin dalam bilik saya. Tolong doakan saya, terima kasih,” katanya menerusi video yang dimuat naik dalam Instagramnya.

Penyanyi lagu Tolonglah itu turut meminta pengikut Instagramnya kekal menjaga kesihatan masing-masing.

Anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida itu dalam hantaran berbeza turut memaklumkan ibunya sudah melakukan ujian calitan selepas menjadi kontak rapatnya.

Iklan

Dalam pada itu, Vida memaklumkan keputusannya negatif selepas menjalani ujian calitan tersebut walaupun beliau memeluk, tidur dan berkongsi minuman dengan Cik B.

“Bila saya dapat tahu Cik B sah positif, luruh jantung. Mujur saya tak rebah, saya panik. Saya cuba bawa bertenang.

Iklan

“Saya tidur, peluk dan kongsi minuman dengan Cik B, tetapi saya negatif. Mungkin saya sudah lengkap dua dos vaksin.

“Cik B pula bila nak cucuk dos kedua, dia demam. Anak mama hebat, Cik B sangat tenang, buat saya gembira,” katanya yang akan memantau Cik B dari masa ke semasa sepanjang tempoh kuarantin.