Mungkin bukan rezeki saya untuk bersama mereka – Haqiem Rusli

Haqiem Rusli
Haqiem Rusli
A
A
A

PENYANYI Haqiem Rusli tidak mahu memanjangkan isu berkaitan pembikinan muzik video single terbaharunya, Mimpi, yang dikatakan telah timbul masalah berkaitan penarikan diri pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee.

Difahamkan mengikut perancangan asal, sepatutnya hero dan heroin drama Bidadari Salju akan muncul dalam muzik video mimpi, namun mereka menarik diri di saat akhir.

“Saya tidak pasti apa yang berlaku kerana pihak produksi muzik video yang berhubung dan berurusan dengan mereka.

“Apa yang pasti saya telah menyatakan pendirian saya bahawa jika ada pelakon atau model wanita yang ingin ditampilkan dalam muzik video saya, mereka perlulah bertudung (menutup aurat). Jika tidak maaf saya tidak setuju,” jelas Haqiem.

Menurut sumber, pelakon wanita dan lelaki itu telah tiba di lokasi penggambaran, tetapi setelah siap mekap, dan menjelang tengahari, berlaku sedikit perbincangan dan berlaku salah faham.

Akhirnya kedua-dua pelakon terbabit pulang dan terpaksa digantikan dengan model sahaja. Salah faham tersebut dikatakan berkaitan dengan isu pemaikan tudung.

“Saya tak nak mengulas lanjut tentang isu ini kerana saya kurang jelas apa yang berlaku kerana urusan pelakon tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh pihak produksi.

“Tambahan pula mereka memang pelakon dalam drama 28 episod, Bidadari Salju yang mana lagu Mimpi menjadi runut bunyi untuk drama tersebut.

“Bagi saya tidak menjadi masalah dan akan lebih meriah jika mereka sudi untuk turut serta dalam muzik video saya kali ini,” ujar Haqiem yang baru sahaja dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular November lalu.

Bagaimanapun, Haqiem menegaskan enggan memanjangkan kisah di sebalik penarikan diri tersebut dan menganggap segalanya telah selesai.

“Bagi saya semua perkara ALLAH yang tentukan. mungkin bukan rezeki saya untuk bersama mereka dalam muzik video Mimpi.

“Jadi saya OK saje, tidak marah atau merasa kecil hati. Walaubagaimana pun saya berterima kasih kerana mereka ada niat untuk bantu saya menjayakan muzik video ini,” katanya.

Muzik video Mimpi kini boleh ditonton di saluran YouTube FMC Music bermula 7 Januari lalu. Muzik video lagu ciptaan oleh Haqiem sendiri itu kini trending nombor satu di saluran YouTube dan meraih jumlah tontonan lebih satu juta selepas seminggu dilancarkan.

 

(FOTO: FMC Music)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca