PELAKON dan pengacara Nabila Huda mengesahkan positif Covid-19 buat kali kedua pada Rabu.

Menurut Nabila, 38, simptom yang dialami kali ini lebih serius dan berbeza dengan pengalaman pertama yang dilalui pada Mei tahun lalu.

“Saya dijangkiti Covid-19 buat kali kedua. Untuk kali ini, kesakitannya lebih teruk berbanding yang pertama dulu.

“Kali ini tekak rasa sangat sakit, selesema dan demam pula seperti on dan off,” ujar Nabila menerusi Instagram Story.

Pengacara Melodi itu kini berada di Perlis untuk menyambung penggambaran filem Telaga Suriram, arahan Osman Ali.

Iklan

“Sekarang saya sedang menjalani kuarantin, tetapi yang tak bestnya sebab saya kat Perlis dan jauh daripada keluarga.

”Ujian calitan pertama saya buat adalah negatif, tetapi bila sampai sini (Perlis) keputusan ujian kedua positif.

“Masa positif kali pertama, tak macam ni. Masa tu cuma hilang deria rasa dan deria bau dimana teruk jugak tapi takde rasa kesakitan. Yang sekarang ni macam, rasalah sakit tu,” jelasnya lagi.

Iklan

Dalam perkongsian sama, Nabila memohon orang ramai agar mendoakan dirinya kembali sembuh dan dapat ebkerja seperti biasa.

“Doakan saya cepat sembuh ya. Saya okay, cuma berehat. Kru produksi dan pelakon belikan makanan, ubat. Mereka jaga saya dengan baik,” katanya.

 

(FOTO: INSTAGRAM NABILA HUDA)