Nabila Razali dikecam hebat, Tokti dan Imam Muda Asyraf beri kata semangat

Nabila Razali AJL35
Nabila Razali AJL35
A
A
A

PENYANYI Nabila Razali sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen apabila ‘terkucil’ ketika tampil membuat persembahan untuk lagu Peluang Kedua di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung pada malam Ahad.

Nama penyanyi itu pantas menjadi trending berikutan insiden tersebut, malah ramai netizen seolah-seolah memang menunggu dia melakukan kesilapan sebaik sahaja tiba gilirannya membuat persembahan.

Pelbagai kecaman yang dilontarkan terhadap Nabila, 29, sedangkan persembahannya itu bukanlah terlalu teruk, sebaliknya ada perubahan yang dapat disaksikan dalam nyanyiannnya.

“Walaupun tak seperti yang saya plan, tapi alhamdulillah selesai dan saya gembira dengan apa juga yang saya persembahkan malam ini (semalam).

“Saya berharap agar orang di luar sana dapat rasa emosi yang saya sampaikan pada semua,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nabila mengakui sudah melakukan yang terbaik untuk persembahan tersebut dan meminta maaf kepada atas apa yang berlaku.

“Mungkin saya ada kecewakan beberapa pihak di luar sana. Saya minta maaf, tetapi saya sudah melakukan yang terbaik yang saya mampu untuk menyampaikan lagu itu,” katanya yang turut memhon maaf kepada komposer lagu tersebut, Hael Husaini dan MFMF.

Bagaimanapun, di sebalik kecaman yang diterima Nabila, ramai rakan selebriti yang memberikan kata-kata positif dan semangat buatnya.

Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi ruangan komen hantaran terbaharu Nabila di laman Instagramnya berkata, penyanyi itu sudah melakukan yang terbaik.

“Tak mengapa adik. Setelah berusaha, kita serahkan semua kepada Allah SWT. Kudrat dan kemampuan hanya dengan izin-NYA. Adik dah buat yang terbaik,” ujarnya.

Tidak ketinggalan, pendakwah selebriti, Imam Muda Asyraf juga berkongsi kata semangat buat Nabila.

“Tak apa Nabila. Dari hari itu kita jumpa, awak sebut dua-tiga kali tentang usaha awak.

“Awak memang orang yang tak pernah putus asa. Saya kagum dengan kesungguhan awak. Awak ajar saya kenal erti kerja keras. Keikhlasan dalam memberi,” tulisnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca