Nad Zainal selamat bersalin, kongsi nama dan jantina anak tidak lama lagi
PELAKON Nad Zainal, 30, selamat melahirkan cahaya mata kedua seberat 2.9 kilogram pada petang Selasa di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Menurut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, dia melalui proses bersalin secara pembedahan dan akan berkongsi nama serta jantina anaknya itu pada hari ketujuh kelahiran.
“Alhamdulillah proses berjalan lancar dan dipermudahkan. Nama pun tak fikir lagi, tunggu hari ketujuh nanti,” ujarnya.
Nad sebelum ini menerusi perkongsian di Instagramnya memaklumkan dia gemuruh untuk menyambut kelahiran orang baru-baru, lebih-lebih lagi untuk menguruskan bayi yang baru lahir, setelah kali terakhir melalui pengalaman sama lima tahun lalu.
"Gementar betul, walaupun sudah ada seketul Yem (anak sulung), tetapi dah lama tak ada baby, takut betul rasanya sebab dah lupa macam mana, lima tahun dah tak ada baby," tulisnya.
Nad mendirikan rumah tangga dengan suami, Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015. Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Fahad Ibrahim, lima tahun.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang