“Nak jalan pergi tandas pun merangkak, badan rasa macam kena pukul” – Uyaina dan suami dijangkiti Covid-19

UYAINA ARSHAD
UYAINA ARSHAD
A
A
A

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad mendedahkan dirinya dan suami, Raja Syahiran telah dijangkiti Covid-19 sejak beberapa hari lalu.

Menurut Uyaina, 30, Syahiran menjalani kuarantin kendiri di rumah, manakala dia terpaksa ditahan di wad disebabkan tekanan darah rendah dan badan lemah.

“Lain orang mungkin rasa berbeza-beza apabila kena Covid-19 ini. Ada orang mungkin mengalami simpton ringan sahaja.

“Tapi badan saya rasa sakit sangat-sangat terutamanya pada hari kedua hingga ketiga dijangkiti.

“Nak jalan pergi tandas pun merangkak. Badan rasa macam kena pukul. Tekak rasa macam kena lenyek. Susah nak nafas. Demam menggigil. Dan paling bahaya sebab dia kacau organ dalaman,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Tambah Uyaina, dia dan suami sebelum ini sudahpun mengambil vaksin. Namun dalam masa sama dia terfikir, bagaimanakah keadaan mereka yang dijangkiti tetapi belum mendapat suntikan vaksin.

Dalam perkongsian sama, pelakon Love Elsa itu menitipkan pesan kepada semua agar menjaga kesihatan dan keselamatan diri masing-masing.

“Saya kongsi gambar ini untuk ingatkan diri sendiri tentang apa rasanya badan sihat. Ia juga untuk mengingatkan kami yang nikmat paling besar ALLAH bagi adalah nikmat kesihatan. Kita kena jaga baik-baik,” ujarnya.

“Stay safe everyone. Saya doakan anda tak kena Covid terutamanya orang-orang tua dan budak-budak kerana saya takt ahu macamana badan mereka nak terima.

“Jangan lupa doakan kesembuhan buat kami dan semua yang sedang berlawan dengan Covid,” katanya.

 

(FOTO: INSTAGRAM UYAINA ARSHAD)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca