‘Nak pulihkan sakit dia bukan senang…’ – Almy Nadia dedah Fizz Fairuz alami sakit misteri
AKTRES Datin Almy Nadia mendedahkan suaminya, Datuk Fizz Fairuz mengalami sakit misteri setelah terlibat dengan penggambaran sebuah drama.
Almy berkata, akibat daripada itu, Fizz sering termenung, mudah marah dan tidak lalu makan serta minum.
“Balik dari penggambaran cerita ini (Malaysian Ghost Story), suami saya, Fizz Fairuz dilanda sakit misteri sampai tak makan minum dua minggu.
“Sampai di serang sakit gastrik tau, walaupun dah berubat tetapi bekas sisa baki itu masih ada ya.
“Sekarang dah pulih tetapi suami saya dilanda sakit termenung, mudah marah, susah senyum dan tak ceria macam dulu,” ujarnya dalam hantaran di Instagram.
Almy berkata, dia juga turut mendapat tempias dan sedih melihat keadaan suaminya yang sudah jauh berbeza.
“Realitinya saya sekarang tengah tekanan dan jadi sedih, sebab suami saya yang dulunya ceria, happy tetapi sekarang sakit… Tekanan… Nak pulihkan sakit dia bukan senang…” luahnya.
Dalam hantaran berbeza di Insta Story miliknya, Almy memaklumkan Fizz kini dalam proses berubat dengan abang ipar dan ustaz ditempatnya menjalani penggambaran.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang