SELEBRITI dan usahawan terkenal, Neelofa bersama suami serta 20 ahli keluarga lain dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 kerana melangggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta merentas negeri.

Kompaun berkenaan dikenakan ke atas keluarga Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Berdasarkan perincian kompaun seperti yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur, ACP Mohamad Zainal Abdullah, Neelofa perlu membayar kompaun RM20,000 bagi dua kesalahan.

1. Tidak mematuh SOP di majlis pernikahan beliau dengan PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dengan kompaun sebanyak RM10,000 tanpa diskaun dibenarkan.

2. Neelofa dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri.

3. PU Riz dikenakan kompaun RM10,000 (juga tiada diskaun dibenarkan) kerana melanggar kebenaran merentas negeri.

4. Kesemua ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000.00.

5. Kesemua yang terlibat akan dikeluarkan kompaun pada hari ini.

Neelofa, Haris bergelar suami isteri

Menurut Mohamad Zainal, kesalahan kedua melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan yang sama.

Katanya juga, kesemua ahli keluarga selebriti itu dikenakan tindakan tersebut kerana sebagai penganjur mereka gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung seperti mana arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP Penganjuran Majlis Sosial PKPB.

Terdahulu, pernikahan Neelofa dan PU Riz berlangsung pada 27 Mac lalu di sebuah hotel dalam sebuah acara yang elegan dan eksklusif.

Selang beberapa hari selepas itu, pasangan berkenaan dilaporkan berkunjung ke pulau peranginan Langkawi yang dimaklumkan mereka atas urusan perniagaan.

Baca juga Isu langgar SOP, Neelofa mohon maaf

Iklan

Baca juga Kalau ada tindakan atau tiada tindakan, saya akan selesaikan sendiri – Neelofa

Bagaimana pun, tular di media sosial foto-foto pasangan berkenaan sedang bersiar-siar di kawasan pelancongan popular itu.

Iklan

Sehubungan itu, PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi pelaksanaan PKPB.

“Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Maka dengan ini sama-samalah kita mendoakan kes jangkitan Covid-19 ini akan berkurangan serta sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi memutuskan rantaiannya.