Neelofa, PU Riz maafkan Syamira Safiya

A
A
A

PENGACARA dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor memaafkan individu yang telah menulis kenyataan fitnah mengenai dirinya dan PU (Pencetus Ummah) Riz di laman Twitter baru-baru ini.

Menerusi Insta Storynya, Neelofa menyifatkan individu yang dikenali sebagai Syamira Safiya itu masih terlalu muda.

“Adik (Syamira), awak masih terlalu muda, baru belasan tahun. Jauh lagi perjalanan.

“Apa yang lepas memang sangat pahit untuk dihadapi tetapi ada banyak hikmah yang tersirat. Saya maafkan seikhlas hati, semoga ALLAH SWT menjagamu,” tulisnya.

Sementara itu, PU Riz atau Haris Ismail turut bersetuju dengan kenyataan Neelofa dan telah mengulang siar (repost) di Insta Story miliknya.

Dalam pada itu, Syamira telah tampil membuat permohonan maaf menerusi satu kenyataan yang di muat naik menerusi akaun Twitter miliknya.

Kenyataan permohonan maaf yang dibuat Syamira.

Dia sebelum itu bertindak menyebarkan satu perbualan mesej dari aplikasi WhatsApp yang mendakwa Neelofa sudah berkahwin secara senyap di Kelantan dan terkena buatan minyak pengasih oleh PU Riz.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca