PENYANYI Caprice berkongsi berita sedih kehilangan neneknya yang meninggal dunia pada pagi Selasa.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, yang kini masih lagi berada di Mesir bagaimanapun tidak berkongsi lanjut tentang punca kematian neneknya itu.

Mengakui terkilan dengan pemergiaan tersebut, Caprice berkata, dia tidak berkesempatan menunaikan janji-janjianya kepada Allahyarham.

“Pagi tadi (Selasa) semasa Subuh, saya diberitahu tentang berita kehilangan nenek.

“Impian dan janji saya untuk membawanya tinggal bersama dengan ibu bapa saya di Kuala Lumpur tidak kesampaian,” katanya.

Menerusi perkongsian sama di laman Instagramnya, Caprice juga mendedahkan pernah berjanji dengan neneknya untuk membawa pulang bakal isteri dan anak-anak kepada neneknya.

Iklan

“Saya tidak sempat melunaskan janji untuk membawa jodoh dan bakal anak-anak saya kepadanya.

Iklan

“Saya minta maaf kerana tidak dapat menunaikan semua janji-janji saya dan tidak dapat bersama nenek hari ini,” ujarnya.

Terdahulu Caprice berangkat ke Mesir pada 24 Jun lalu bagi dan cuba memasuki Gaza bagi menjayakan Misi Kemanusiaan Untuk Palestin.