JULAI lalu, pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani menggemparkan dunia hiburan apabila ditangkap bersama suami akibat penyalahgunaan dadah.

Nia dan suaminya yang juga ahli perniagaan dan anak bekas menteri ekonomi Indonesia, Aburizal Bakrie iaitu Ardi Bakrie ditahan di Jakarta Pusat selepas didakwa mengambil dadah jenis syabu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Penampilan aktres cantik itu sentiasa diperhatikan ramai.

Terbaharu, penampilan terkini yang kelihatan ceria dan bergaya ketika menghadiri sesi perbicaraan berhubung kes dadah yang dihadapinya sekali gus mencuri tumpuan banyak pihak.

Nia tampil mengenakan pakaian jenama mewah dan kelihatan lebih ‘sihat serta ceria’ berbanding ketika mula-mula ditahan polis sebelum ini.

Nia Ramadhani antara aktres popular di Indonesia dan mula dikenali menerusi sinetron Bawang Putih Bawang Merah.

Menurut portal Tribunnews, isteri kepada Ardi Bakrie itu tetap memastikan dirinya kelihatan bergaya walaupun menghadiri perbicaraan.

Dalam sesi perbicaraan baru-baru ini, Nia mengenakan busana hitam sedondon dengan suaminya, selain rambutnya yang dipotong pendek.

Aktres itu turut memakai seutas jam jenama mewah dan kasut tumit tinggi berwarna putih.

Iklan

Penampilan aktres itu sentiasa menjadi sorotan pelbagai pihak, termasuk peminatnyang tidak putus memberi sokongan kepada Nia.

Ketika mula-mula dihadapkan ke mahkamah, penampilan Nia juga mendapat perhatian media apabila memakai topi jenama Dior yang dipercayai berharga 14 juta rupiah (RM4,108).

Nia ketika ini berdepan perbicaraan berhubung kes penyalahgunaan dadah di Mahkamah Pengadilan Negeri, Jakarta Pusat.

Iklan

Baca juga Yasmin Hani dan suami bawa haluan masing-masing

Terdahulu, hasil ujian air kencing dijalankan mendapati Nia, 31, dan suaminya, Ardi Bakrie berusia 42 tahun positif dadah jenis methamphetamine (syabu).

Pasangan suami isteri itu ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat dan mengakui mengambil bahan terlarang terbabit sejak beberapa bulan lalu.