DIARAK memasuki dewan dengan tandu menuju ke pelaminan, penyanyi Nabila Razali atau Bella tampil anggun dalam persalinan rona putih yang berkonsepkan tradisional Jawa.

Untuk rekod, pelantun lagu Pematah Hati itu sah bergelar isteri kepada Nik Iruwan Datuk Nik Izani pada 18 November lalu.

Majlis persandingan bertemakan Batik Jawa menjadi pilihan pasangan raja sehari tersebut memandangkan ayah kepada Nabila atau mesra disapa Bella berketurunan Jawa.

nabila“Tema Jawa menjadi pilihan kerana saya inginkan kelainan dengan majlis sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis persandingan pada malam Ahad yang diturut dihadiri selebriti ternama seperti Neelofa, Mira Filzah, Nora Danish, Amira Othman dan ramai lagi.

Baca  ni Penyanyi Nabila Razali sudah dimiliki. Ahli perniagaan berusia 38 tahun jadi pilihan hati

Pada kesempatan itu, kami seperti biasa bertanyakan apa yang membuatkan beliau jatuh hati dengan belahan hatinya kini.

Berikut jawapan manis Bella: “Pada mata saya, Nik (suami) sangat matang dan sewaktu perkenalan pun banyak benda yang beliau melengkapi kekurangan diri saya. Selebihnya hanya Tuhan dan saya sahaja yang tahu. Pada masa sama, saya berharap doa-doa anda semua untuk mengekalkan hubungan kami sehingga ke jannah.

“Masa tidak penting, sebaliknya momen bersama itu yang utama. Sepanjang perkenalan, tidaklah sempurna sepenuhnya, ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dan itu melengkapi hubungan kami berdua.”

nabila

Kepada media, Bella menjelaskan, beliau mempunyai alasan mengapa memilih untuk mendiamkan diri tanpa berkongsi dengan peminat tentang hubungan cinta yang terjalin.
“Orang kata bab tunang atau berkawan tu seeloknya dirahsiakan. Sebelum itu, kami berkenalan berdua jadi tidak perlu diketahui umum.

“Memang sebagai public figure segala gerak-geri orang nak tahu. Cuma waktu itu belum masanya untuk saya kongsikan dengan orang ramai,” terangnya.

Baca lagi Sweetnya Nabila Razali dilamar kekasih, berikut 5 info menarik Nik Iruwan

Bagi pelantun lagu Peluang Kedua itu, tarikh 18 November lalu merupakan hari yang tepat untuknya berkongsi tentang diri beliau dan Nik Iruwan.

“Saya tidak mahu menimbulkan sebarang fitnah. Jadi, saya uar-uarkan untuk diketahui umum apabila sudah sampai masa (kahwin),” katanya.

NABILA RAZALI

Sementara itu, Nik Iruwan mengakui walaupun tempoh berkenalan singkat, namun keputusan mengahwini Bella adalah tepat.

“Kami kenal tak lama sebelum ambil keputusan untuk berkahwin. Walaupun ia keputusan yang cukup besar, namun sedikit pun saya tiada rasa berbelah bahagi,” jelasnya ringkas.

AQUARIA LOKASI DATING

Meneruskan kronologi cinta mereka, Bella memberitahu, Aquaria KLCC merupakan lokasi dating pertama mereka.

“Aquaria adalah salah satu tempat kami dating kerana tempat terbuka lain agak sukar kerana ada sahaja yang mengenali kami.

“Di sana (Aquaria), kami dapat berbual bebas tanpa gangguan dan lebih banyak masa untuk sama-sama mengenali hati budi masing-masing,” ujarnya sambil tertawa malu.

Sudah resam artis popular, ke mana sahaja memang tetap jadi perhatian.

nabila

Baca lagi Asyraf Khalid dedah pertemuan Nabila Razali & suami, jadi matchmaker di majlis hari jadi, rupanya 6 bulan bercinta sebelum nikah

Kata Nik Iruwan, walau lokasi tersebut dirasakan agak privacy, masih ada peminat cilik menyedari kehadiran Bella dan mengajak untuk bergambar bersama.

“Bayangkan ketika kami di sana (Aquaria), ada anak-kanak kecil yang mengenali dan ingin bergambar dengannya. Saya jadi kagum dan surprise kerana Bella bukan sahaja dikenali oleh orang dewasa bahkan kanak-kanak juga,” ujarnya yang mencelah seketika perbualan.
Sebelum ini, ramai yang tahu bahawa hati Pelakon Hikayat Cinta Si Pematah Hati itu begitu sukar ditembusi oleh panahan cinta sang pria lain.

Masakan tidak, empunya diri dilihat lebih tertumpu kepada kerjaya sahaja.

“Selama beberapa tahun dalam industri ini, orang nampak saya lebih bekerja dan tiada masa mencari jodoh atau mencari cinta.

“Apabila tiba masanya dan hati saya ‘diusik’, jadi bagi saya, memang inilah masanya dan akhirnya kami selamat bergelar suami isteri.

Iklan

“Sebelum ini berkawan memang ramai, namun tiada yang serius. Kita kongsi pentas dan nyanyi sama-sama, namun itu tidak bermakna ada hubungan yang istimewa,” ungkapnya yang bersedia andai dikurniakan rezeki zuriat dalam masa terdekat.

Nabila

Baca lagi ‘Hensemnya Tuah, muka bonda sangat.’ Sisi keibuan Elizad terserlah ketika dukung anak Remy Ishak, warga maya tersentuh hati!

TUHAN TEMUKAN JODOH

Enggan mendedahkan lokasi bulan madu mereka, wanita berusia 31 tahun itu mengakui walaupun sudah bergelar isteri, namun komitmen terhadap kerjaya seninya tetap berjalan seperti biasa atas restu dan keizinan suami.

Sambil mengangguk tanda setuju, Nik Iruwan berkata, beliau memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan terhadap bakat serta minat isteri kesayangannya itu.

“Saya sendiri sibuk dengan urusan bisnes, lagipun dari awal perkenalan saya sudah tahu kerjaya nyanyian Bella. Masing-masing sibuk dan kalau berjumpa sekali pun waktu malam sambil minum kopi.

“Seingat saya, sepanjang perkenalan kami, rasanya belum lagi ada masa untuk betul-betul dating atau makan malam berdua. Mungkin lepas ini kami akan berbuat demikian,” seloroh Nik Iruwan sambil disambut tawa oleh Bella.

NABILA RAZALI

Iklan

Baca lagi ‘Abang Sabri ialah ustaz saya.’ Angeline Tan akui belum tutup aurat sepenuhnya, enggan paksa anak peluk Islam

Mengulas lanjut mengenai hubungan mereka yang diatur oleh anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid, pasangan tersebut mengakui hal itu.

Pun begitu, kata Nik Iruwan, walaupun Asyraf mempertemukan mereka berdua, namun beliau terlebih dahulu pernah berjumpa dengan Bella dalam satu program sebelum itu.

“Pertemuan kami berlangsung dalam satu majlis rumah terbuka dan saya ada bergambar dengannya. Namun setakat itu sahaja. Saya juga tahu Bella seorang penyanyi, itu sahaja.

“Apabila Asyraf memberitahu ingin menemukan kami berdua, saya agak surprise dan tak sangka. Itulah namanya jodoh kan. DIA yang mengaturkan pertemuan dan jodoh kami, Asyraf pula sebagai pengantara,” kata Nik lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang