ISU berkaitan anak angkat Mizz Nina dan Noh Salleh menjadi perdebatan hangat warga maya. Dalam perkembangan berkaitam, suami Mizz Nina, Essam Muhammad telah mewakili isterinya bagi menghadiri prosiding sulh berkaitan anak angkat di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.

Essam yang ditemui wartawan menjelaskan nama angkatnya itu bukan Musa Mohammad Noh bin Abdullah seperti yang didakwa penyanyi itu sebelum ini.

“Saya di sini ingin menegaskan nama penuh Musa yang disebut Internet tempoh hari adalah tidak benar.

“Beliau (Noh) telah memberikan informasi salah kepada semua. Pun begitu, saya enggan mendedahkan nama sebenar Musa kerana ingin melindungi identiti dan maklumat peribadinya kepada umum,” katanya.

Baca juga: Noh mahu penyelesaian baik, terkejut Mizz Nina tarik semula kes penjagaan penuh, inter-parte Musa. ‘Saya perlu jawab semua tuduhan’

mizz nina

Menurut Essam, Mizz Nina mempunyai dokumen hak penjagaan sah terhadap Musa.

Beliau menegaskan tiada anak yang patut diambil daripada keluarga angkatnya tanpa kebenaran dan insiden itu tidak sepatutnya berulang.

“Isteri saya mempunyai dokumen sah untuk menjaga Musa. Tidak ada anak yang patut diambil daripada penjaga tanpa keizinan ibu bapanya,” tegas Essam.

Beliau juga meminta Noh agar tidak mencari Mizz Nina untuk sebarang komunikasi berhubung anak angkat mereka.

“Kalau beliau mahu berkomunikasi dengan ahli keluarga saya termasuk Nina.

“Jangan cari isteri saya, carilah saya. Kalau beliau mahu berkomunikasi dengan saya, media sosial saya masih publik,”katanya.

Baca juga: ‘Hancur hati, percaya dengan jalan perdamaian.’ Noh Salleh akur perintah mahkamah, serah Musa pada Mizz Nina

Baca juga: Anak angkat, adakah ibu kandung masih berhak? 15 info perlu tahu

Dalam perkembangan berkaitan, peguam syarie yang mewakili Mizz Nina iaitu Fakhrul Azman Abdu Hassan berkata anak guamnya memutuskan untuk memfailkan penarikan balik kes penjagaan penuh bagi anak angkatnya dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Ujarnya, tiada sulh yang berlaku dan penarikan balik akan disahkan dihadapan hakim pada Selasa.

“Esok kes itu akan disebut di hadapan hakim untuk mengesahkan penarikan balik. Ini adalah perjalanan kes kami hari ini.

“Jadi, tiada sulh sebentar tadi sebab kami sudah memfailkan penarikan balik dan sulh dibatalkan sebab pihak plaintif (Mizz Nina) tidak ingin meneruskan tindakan,” katanya.

Kata Fakhrul lagi, pada 20 Februari 2023 Noh sudah bersetuju memberikan hak jagaan sepenuhnya kepada Mizz Nina.

“Tetapi tidak tahu kenapa pada Disember lalu, beliau (Noh) pergi ambil anak angkat tersebut. Bila kita sudah dapat anak secaca ex-parte (sebelah pihak) dikeluarkan, proses pengangkatan sudah dilaksanakan.

“Dan semalam sudah disahkan bahawa penjagaan anak tersebut iaitu Musa diberikan sepenuhnya kepada Mizz Nina,” ujarnya.

Iklan

Baca juga: Mizz Nina, Noh ambil anak angkat lelaki bernama Musa

Baca juga: Rebut anak, 6 bulan Noh Salleh jalani tempoh sukar selepas bercerai

Baca juga: ‘Privasi Musa terjejas dan identiti ibu kandung terbongkar.’ Mizz Nina akhirnya buka mulut perjelaskan konflik anak angkat

Baca juga: “Selepas berfikir, kami bersetuju untuk berpisah”, Mizz Nina, Noh sah bercerai

Sebelum itu, Mizz Nina atau sebenarnya pemilik nama sebenar Shazrina Azman mendakwa Noh telah membawa keluar anak angkat, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuan pihaknya.

Iklan

Beliau menjelaskan tindakan itu memberikan kesan emosi kerana tidak pernah berjauhan dengan Musa sebelum ini.

Kejadian tersebut berlaku pada 19 Disember tahun lalu ketika beliau dalam penerbangan ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

Baca juga: Sazzy Falak luah rasa sempena hari lahir anak lelaki, setelah bertahun-tahun melalui pelbagai prosedur. ‘Awak SonShine saya’

Sumber: Mstar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!