PENYANYI Nomad sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Farah Wahidah Hassan, 40, apabila selamat disatukan dalam satu majlis yang diadakan di Alor Star, Kedah pada Sabtu.

Nomad atau nama sebenarnya, Nur Mohd Alieff Ayub, 35, meluahkan rasa syukur apabila segala yang dirancang berjalan lancar dengan kehadiran keluarga dan teman rapat kedua-dua belah pihak.

Berita pernikahan Nomad diketahui selepas Fadzil Teh (paling kanan) memuatnaik foto bersama pengantin.

Tidak berniat untuk merahsiakan hari bahagianya, penyanyi Tetap Menantimu itu mengakui lebih selesa untuk tidak berkongsi tentang kehidupan peribadinya kepada umum sejak dahulu.

“Kenapa tidak pernah berkongsi kerana apa sahaja perkara yang belum pasti berkaitan dengan kisah hidup terutama dari segi percintaan, saya tidak akan dedahkan.

“Saya rasa bila sudah sah, barulah saya akan berkongsi. Ada beberapa perkara dalam hidup saya patut kongsi, saya akan kongsi. Tapi, jika tidak perlu, saya tidak akan buka mulut,” katanya sebagaimana dilaporkan sebuah portal hiburan.

Berita pernikahan Nomad diketahui apabila foto dan video hari bahagianya itu dikongsi penerbit drama, Fadzil Teh menerusi akaun Instagram miliknya.

Iklan

Difahamkan Nomad telebih dahulu melangsungkan majlis pertunangan sehari sebelum dijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri.

(FOTO: INSTGRAM FADZIL TEH)

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi