Nomadland dinobat Filem Terbaik Oscar 2021

A
A
A

FILEM karya pengarah kelahiran China, Chloe Zhao, Nomadland diumumkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Akademi (Oscar) edisi ke-93 berlangsung dari Union Station dan Dolby Theatre, Hollywood, pada pagi Isnin.

Nomadland menewaskan calon filem lain yang terdiri daripada The Father, Judas and the Black Messiah, Mank, Minari, Promising Young Woman, Sound of Metal dan The Trial of the Chicago 7.

Selain mengungguli kategori utama itu, Nomadland turut meraih kemenangan menerusi kategori Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Sinematografi Terbaik, Suntingan Filem Terbaik dan Lakon Layar Terbaik,

Manakala kemenangan Chloe Zhao sebagai Pengarah Terbaik mencipta sejarah tersendiri buat kerjaya seninya apabila menjadi pengarah wanita pertama Asia yang memenangi trofi untuk kategori tersebut di Oscar.

Turut mencuri perhatian tentunya pelakon veteran, Youn Yuh-Jung, 73, yang memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Minari, sekali gus menjadi aktres pertama Korea Selatan dan pelakon wanita kedua Asia yang berjaya memenangi kategori tersebut.

Antara pemenang Oscar 2021.

Senarai penuh pemenang Oscar 2021

Filem Terbaik: Nomadland

Pengarah Terbaik: Chloe Zhao (Nomadland)

Pelakon Wanita Terbaik: Frances McDormand (Nomadland)

Pelakon Lelaki Terbaik: Anthony Hopkins (The Father)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Daniel Kaluuya (Judas and the Black Messiah)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Yuh-jung Youn (Minari)

Lagu Terbaik: Fight For You (Judas and the Black Messiah)

Filem Animasi Terbaik: Soul

Solekan dan Tatarias Rambut Terbaik: Ma Rainey's Black Bottom

Kesan Visual Terbaik: Tenet

Sinematografi Terbaik: Mank

Suntingan Filem Terbaik: Sound of Metal

Rekaan Produksi Terbaik: Mank

Kesan Bunyi Terbaik: Sound of Metal

Filem Antarabangsa Terbaik: Another Round (Denmark)

Dokumentari Pendek Terbaik: Colette

Rencana Dokumentari Terbaik: My Octopus Teacher

Filem Pendek Aksi Langsung Terbaik: Two Distant Strangers

Filem Animasi Pendek Terbaik: If Anything Happens I Love You

Lakon Layar Terbaik: Promising Young Woman (Emerald Fennell)

Lakon Layar Adaptasi Terbaik: The Father (Christopher Hampton and Florian Zeller)

Skor Filem Terbaik: Soul

Rekaan Kostum Terbaik: Ma Rainey's Black Bottom

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca