Noor khiriah jadi duta produk selepas 2 dekad dalam industri seni

NOOR KHIRIAH
NOOR KHIRIAH
A
A
A

PELAKON Noor Khiriah meluahkan rasa teruja apabila buat pertama kalinya selepas 20 tahun bergelar anak seni, dia dilamar menjadi duta produk.

Bersyukur dengan rezeki tersebut, Noor Khiriah 44, bagaimana mengakui tidak menyangka mendapat kepercayaan daripada Vieura Group Sdn Bhd yang melamarnya sebagai duta produk jus kesihatan Alwiqoyah dan G-Asfal yang dihasilkan mereka.

“Bukan perasan lagi dah dik, dah jadi kenyataan. Nampak tak, excited akak. Yerlah selepas 20 tahun baru merasa jadi duta.

“Alhamdulilah rezeki ALLAH tak pernah salah alamat. Terima kasih ALLAH dan terima kasih kepada semua pihak terlibat termasuk suami dan keluarga,” ujarnya yang terikat dengan kontrak selama setahun bersama jenama produk tersebut.

Dalam pada itu, pemenang Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin 2010 itu mengakui malu untuk dan rasa segan untuk meletakkan tanda pagar dan gelaran diuta di laman sosial miliknya.

“Semacam ada perasaan malu pada saya sekarang. Tapi, ini adalah kenyataan. Suami pun gembira dengan pencapaian saya sekarang.

“Mana yang baik dia sokong. Cuma dia minta agar saya jaga nama baik kami sahaja,” katanya.

 

(FOTO: INSTAGRAM NOORKHIRIAH)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca