Nora Danish selesai kuarantin, akui belajar dari kesilapan lalu

Nora Danish
Nora Danish
A
A
A

PELAKON Nora Danish meluahkan rasa syukur kini bebas jangkitan Covid-19, sekali gus menamatkan tempoh kuarantinnya selama 10 hari selepas disahkan positif tanpa sebarang gelaja pada awal Mei lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram pada Selasa, Nora, 39, memaklumkan gelang kuarantinya telah pun dipotong dan turut mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang banyak membantunya sepanjang tempoh itu.

“Alhamdullilah gelang sudah digunting. Terima kasih pada pasukan KKM yang jaga saya selama 10 hari ni. Love u!

“Rumahpun sudah disanitisekan oleh Pestparamedics. Thanks alot guys. Sekarang, jom #kitajagakita,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Covid Oh Covid itu mengakui telah belajar daripada kesilapan lalu dan berpesan agak semua orang duduk di rumah sahaja.

“Jangan keluar rumah bila tak penting. Saya pun dah belajar daripada kesilapan lalu.

“Take care everyone and stay safe,” ujarnya.

Terdahulu Nora yang juga merupakan ibu kepada dua anak lelaki itu, tampil membuat ujian calitan Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada individu dalam kategori C yang positif jangkitan virus berbahaya itu.

Selain Nora, beberapa rakan artis lain seperti Tiz Zaqyah, Nabila Huda dan Reen Rahim turut positif beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri yang lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca