Nynaa Harizal tak pertaruh rupa paras semata
PERJALANAN Nynaa Harizal dalam industri seni boleh dikategorikan semakin hijau. Bagaimanapun pemenang tempat ketiga Dewi Remaja 2019 itu semakin pantas dikenali.
Tidak hanya bersandar kepada rupa paras semata-mata, pemilik nama sebenar Nurul Hanynaa Harizal itu mahu membuktikan dia juga mempunyai bakat yang boleh diketengahkan.
Bukan hanya dalam bidang lakonan semata-mata, gadis berusia 24 tahun itu turut menyimpan impian untuk menyinar dalam arena pengacaraan dan nyanyian.
“Memang saya minat untuk mengacara dan menyanyi tetapi setakat ini belum ada rezeki untuk mencuba cabang berlainan kerana jadual lakonan yang agak padat.
“Sebelum ini ada tawaran pengacaraan tetapi saya terpaksa tolak. Kalau ada kesempatan, saya memang nak cuba kerana semua cabang dalam bidang seni adalah minat saya,” katanya kepada Sinar Harian.
[embed]https://www.instagram.com/p/CCIsNsqjqdw/?utm_source=ig_web_copy_link[/embed]
Berkongsi perkembangan terkininya, Nynaa berkata, dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran One Two Hantu di bawah arahan Opie Zami untuk tayangan Awesome TV.
“Selain itu saya juga akan kembali ke lokasi penggambaran filem Sumpahan Syaitan yang sebelum ini terhenti akibat kawalan pergerakan manakala filem lakonan saya, Town Mall kini sedang ditayangkan di saluran Astro First,” katanya.
Dikatakan lebih menyerlah berbanding dewi-dewi yang lain, pelakon drama Chandelier bagaimanapun tidak merasakan perkara sama sebaliknya menyifatkan rezeki setiap dewi itu berbeza.
Malah bagi anak jati Ampang, Selangor itu, dia tidak pernah merasa bagus dan masih berusaha memperbaiki mutu lakonan serta menerima apa jua kritikan.
“Saya tak rasa lebih menyerlah daripada dewi-dewi lain kerana setiap orang ada rezeki berbeza.
“Bagaimanapun dalam masa sama saya bimbang juga semakin dikenali kerana saya masih baru dalam dunia lakonan dan saya akui lakonan saya belum memuaskan.
“Atas faktor itu saya mengambil kesempatan untuk belajar dari pengarah dan pelakon lebih senior di set penggambaran.
"Sebelum ini, saya pernah juga mengikuti kelas lakonan bersama ibu Fauziah Nawi dan sedang cuba untuk mencari masa yang sesuai untuk masuk ke kelas lakonan,” jelas Nynaa.
Tak serik
Dalam pada itu, berkongsi pengalamannya membintangi filem Town Mall, Nynaa berkata, dia memegang watak sebagai Mazni iaitu setiausaha kepada Rusdi lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof.
Tidak berdepan pengalaman tidak diingini ketika berada di lokasi, Nynaa melalui dua peristiwa yang tidak dapat dilupakan.
“Pertama ketika saya berada di dalam bilik dan cuba untuk membawa skrip, waktu ketika itu agak lewat malam. Tiba-tiba saya rasa seperti kepala saya ditolak. Terus saya tutup skrip dan tidur.
"Kedua, apabila kami tersangkut dalam lif selama seminit, walau sekejap tapi rasa cukup berdebar,” imbaunya.
[embed]https://www.instagram.com/tv/CCItpuLDJ-C/?utm_source=ig_web_copy_link[/embed]
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang