Odie Agam meninggal dunia, Sheila Majid kongsi kenangan

Untitled design (83)
Untitled design (83)
A
A
A

PENYANYI terkenal, Datuk Sheila Majid berkongsi khabar duka berkenaan pemergian komposer lagu Antara Anyer Dan Jakarta iaitu Oddie Agam pada Rabu.

Oddie menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Persahabatan, Jakarta pada usia 68 tahun akibat kegagalan buah pinggang.

“Kami amat berdukacita dengan khabar Ini. Saya sudah lama mengenali arwah. Sebelum menjadi penyanyi lagi.

“Dialah pencipta lagu Indonesia pertama yang telah mengharumkan nama saya ke Indonesia dengan lagu-lagu seperti Antara Anyer dan Jakarta, Aku Cinta Padamu, Tua Sebelum Waktu, Begitulah Cinta dan beberapa lagu lagi.

“Malah sebelum mengenali dia sebagai komposer, dia juga adalah rakan keluarga kami,” ujar Sheila menerusi akaun Instagram miliknya.

Tambah beliau, pemergian Oddie Agam adalah satu kehilangan besar buat karier muziknya.

“Saya berasa sangat sedih, seperti separuh karier muzik saya hilang bersama. Muzik kamu akan sentiasa bersinar di hati kami, Agam. Terima kasih untuk semua lagu-lagu indah yang kamu tulis. Semoga tenang di sana.

“Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkannya bersama orang-orang yang beriman,” luahnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca