SENIWATI Fauziah Datuk Ahmad Daud atau mesra disapa Ogy menyatakan dirinya dirisik dan dipinang.

Menurut pelakon filem Ali Setan dan Azura itu ‘majlis’ pula akan diadakan pada minggu hadapan.

“Pada mulanya dirisik, kemudian dia masuk meminang. Pinangan diterima. Majlis minggu depan, tak sabarnya kita,” kongsinya.

Baca juga: Ni baru aktor hebat – Ogy Ahmad Daud puji pelakon Squid Game

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy)

Khabar gembira itu dimuat naik oleh Ogy, 59, ke laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini sambil menyatakan rasa gementar.

“Berdebar-debar hatinya. Setelah sekian lama. Akhirnya, alhamdulillah,” titipnya.

Baca juga: Lima dekad dalam industri seni, Ogy Ahmad Daud mahu tinggalkan legasi

Menjenguk ke ruangan komen, rakan artis dan warga maya menitipkan doa agar majlis yang bakal berlangsung lancar. Tidak kurang yang berharap Ogy bertemu kebahagiaan.

-“Ya ALLAH permudahkan segalanya buat kakakku sayang @kak_ogy berikan kebahagiaan yang hakiki buatnya ,aminn.”

-“Alhamdulillah…sahabat! Apa jua berita baik semoga yang dirisik, dipinang dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk episod seterusnya. Aamiin.”

Iklan

-“Alhamdullillah, moga sampai ke jannah.”

Anak kepada seniman Allahyarham Datuk Ahmad Daud dan seniwati Allahyarhamah Datin Saadiah itu pernah mendirikan umah tangga dengan aktor Eman Manan pada tahun 1990 namun berpisah pada 2 Julai 2003.

Ogy turut memiliki anak angkat bernama Nuraminah Aishah kini berusia 15 tahun.

Iklan

Baca juga: Berlakon dengan Ogy, Khir Rahman tetap profesional

Sumber: Instagram kak ogy

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi