Oksigen turun ke 88, Aishah mohon maaf, doa supaya tidak ke tahap ditidurkan

Oksigen turun ke 88, Aishah mohon maaf dan doa supaya tidak ke tahap ditidurkan
Oksigen turun ke 88, Aishah mohon maaf dan doa supaya tidak ke tahap ditidurkan
A
A
A

BARU-BARU ini, penyanyi terkenal, Aishah mengesahkan dirinya dijangkiti virus Covid-19 selepas ujian calitan dilakukan terhadap dirinya.

Terbaharu, penyanyi Janji Manismu itu berdepan detik cemas apabila tahap oksigen dalam badan turun mendadak selepas tiub pernafasan dibuka seketika, hari ini.

Kongsi pemilik nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin, di laman Instagramnya, pagi tadi pihak hospital cuba membuka tiub tersebut apabila paras oksigen dilihat stabil.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bagaimanapun, selepas dia ke tandas dan kembali ke katil, oksigennya turun dengan mengejut.

Bekas juara Gegar Vaganza musim keempat yang berusia 56 tahun itu turut berasa bimbang tatkala melihat ada pesakit lain dibawa ke wad khas untuk ditidurkan.

"Ya ALLAH mental tidak kuat hari ini, bila melihat pesakit depan saya dibawa naik untuk di intubate (ditidurkan). Pagi tadi tahap oksigen saya 98, mereka cuba nak buka oksigen.

"Tapi bila ke tandas dan balik ke katil, paras oksigen terus turun mendadak ke 88, terpaksa pakai oksigen semula baru naik semula ke 95. Ya ALLAH teman-teman semua tolong doakan saya tidak sampai ke situ (ditidurkan).

"Saya takut dan masih banyak tanggungjawab pada keluarga yang belum selesai, anak-anak saya banyak lagi hal yang tidak selesai.

"Saya sangat mengharapkan doa kawan-kawan, ampunkan dosa-dosa saya sekiranya pernah terkasar kata dan sebagainya," luah Aishah.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Positif Covid-19, tolong doakan kami - Aishah

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan warga maya memanjatkan doa dan menitipkan kata-kata semangat buat Aishah agar dipermudahkan urusan rawatan dan segera sembuh daripada jangkitan virus tersebut.

Terdahulu, Aishah dilaporkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta kemudia dikejarkan ke Hospital Ampang berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus pada Isnin lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca