Omar & Hana bersiaran lebih lama sepanjang Ramadan

Untitled design - 2021-04-28T155246.395
Untitled design - 2021-04-28T155246.395
A
A
A

DIGITAL Durian berbesar hati mengumumkan siri animasi popularnya hasil usahasama dengan Astro, Omar & Hana akan bersiaran dalam durasi yang lebih panjang, selama 11 minit, di sepanjang bulan Ramadan Al Mubarak ini.

Musim terbaharu Kisah Omar & Hana ini hadir dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Pengisian kandungan siri Omar & Hana ini dilihat lebih padat dengan intipati pembelajaran, sajian lagu dan pelbagai doa untuk panduan semua.

Musim baharu ini merangkumi empat episod bertemakan Ramadan dan satu episod berlatarbelakangkan Raya, yang mana akan disiarkan di Astro Ceria (saluran 611) bermula dari 16 April hingga 14 Mei.

Episod-episod Ramadan musim terbaharu Kisah Omar & Hana berkisar tentang cerita tauladan para Malaikat dan tanggungjawabnya, kesabaran ketika berpuasa, manfaat dan pahala yang dikumpul melalui sedekah dan untuk mengasihi dan menghargai orang yang anda sayangi ketika mereka masih bersama dengan kita di dunia ini.

Manakala, episod khas Raya pula akan memperlihatkan Omar & Hana belajar mengenai panduan Kiblat dan sebab-sebab mengapa umat Islam perlu melaksanakan solat dalam keadaan menghadap ke arah Kaabah.

Siri animasi Kisah Omar & Hana ini bersiaran pada setiap Jumaat, jam 11 pagi dan 4 petang di Astro Ceria (saluran 611). Sebagai pilihan alternatif, kesemua episod Omar & Hana juga boleh distrim secara eksklusif bagi pelanggan Astro melalui aplikasi Astro GO.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca