On Your Mark, karya arahan anak Malaysia di tangga nombor satu carta filem di China

On Your Mark
On Your Mark
A
A
A

PENGARAH Malaysia yang cukup disegani ramai, Chiu Keng Guan berjaya mencipta fenomena apabila karya terbaharunya, On Your Mark yang ditayangkan di China meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8.7 juta (RMB 13.65 juta) hanya pada hari pertama filem tersebut di sana.

Lebih membanggakan, filem yang ditayangkan di lebih 9,000 buah pawagam di China itu turut menduduki tangga nombor satu carta filem terkini di China. Malah sehingga 20 Jun, filem tersebut meraih kutipan hampir RM24 juta (RMB 37 juta).

Filem On Your Mark yang memulakan tayangan di China pada 18 Jun lalu, merupakan filem pertama arahan Chiu Keng Guan di negara itu.

Karya tersebut diterbitkan oleh Jiangsu Maoyan Culture Media, Wuxi Cangsheng Film, Tianjin Maoyan Weiying Culture Media, Jiangsu Hao Di Cultural Development, Sports Culture Development Center of the State General Administration of Sports (China Sports Museum) dan Astro Shaw, selaku penerbit tunggal dari Malaysia.

Selain penerbit, Astro Shaw juga tampil sebagai pihak pemasar dan pengedaran rasmi untuk filem On Your Mark di Malaysia yang bakal ditayangakan tidak lama lagi.

Untuk tayangan di China, filem genre drama yang mengangkat semangat kesukanan dan kasih sayang bapa bersama anak itu menggunakan judul asal iaitu Qi Pao, manakala The Great Dad bagi pasaran antarabangsa.

On Your Mark membariskan pelakon hebat dari negara China seperti Yanhui Wang, Youhao Zhangt, Beibi Gong, Wenjuan Feng, Junhao Li dan Jinshan Liu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca