“LIZA Hanim sangat berbakat, bersuara sedap dan mantap, tetapi kekurangannya adalah tak berupa cantik dari segi hidung sedikit kembang serta kulit wajah ada lubang-lubang sejak zaman anak dara. Jadi, faktor tersebut buatkan beliau sedikit terbelakang zaman itu.”

Itu antara komen yang ditinggalkan oleh sebuah pengendali Instagram sehingga menggores hati penyanyi bersuara lunak, Liza Hanim.

Baca juga: ‘Tahniah Kak Ngah.’ Anak kedua Liza Hanim raih Anugerah Pengetua MRSM

Penyanyi berusia 42 tahun itu turut mempertikaikan adakah rupa paras menjadi jaminan buat seseorang itu untuk berjaya di Malaysia?

“Bukan sentap, tetapi saya perlu bercakap mengenai perkara ini. Kenapa orang tak cantik memang tidak boleh menang apa-apa ke di Malaysia atau antarabangsa? Orang yang tak putih, hidung tak mancung memang tak boleh ke berjaya di Malaysia ini?

“Ya, betul. Saya sedar dan sangat bersyukur apa yang ALLAH SWT telah kurniakan pada saya. Asalkan saya gembira dengan keluarga, saya tak kisah semua cantik buruk. ALLAH kurniakan bakat untuk saya boleh menyanyi tetapi saya tak ada rupa paras yang mana semua mahukan, tetapi saya tetap bersyukur,” luah penyanyi yang popular dengan lagu Gelisah Mimpi itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Baca juga: ‘Arwah abah letak syarat kepada suami.’- tiada masalah tinggal serumah, Liza Hanim mahu praktik cara & didikan ibu bapa

Tambah pemilik nama penuh Haliza Hanim Abdul Halim itu, tergamak pengendali akaun Instagram tersebut meninggalkan komen sama berkali-kali dan turut menandakan namanya sekali.

“Kadang-kala, bahasa kata itu lagi penting daripada paras rupa. Saya tak goyang dengan cacian, kutukan, kritikan sesiapa tetapi budaya sekarang agak melampau. Saya tertanya juga rupa orang yang menulis macam mana agaknya?

“Ini tahun ke-26 saya dalam industri, sudah pelbagai yang saya lalui dan hadapi. Jadi kutukan halus ini tidak goyangkan saya tetapi saya sedih, awak tidak bertimbang rasa dan tidak peka,” ujarnya.

Baca juga: Miliki suara emas, Liza Hanim terus diberi kepercayaan bawa lagu P. Ramlee

Ibu kepada lima cahaya mata itu berharap hantaran yang dibuat ini akan menjadi pemangkin buat mereka yang pernah mendapat kutukan untuk terus bangkit dan kuat.

“Hantaran ini untuk semua yang pernah kena kutukan macam saya untuk kita bangkit, terus kuat dan buat apa sahaja yang menggembirakan kita serta keluarga. Teruslah bersyukur kepada ALLAH SWT atas kurniaannya,” katanya.

Memberikan respons kepada isu yang sama, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyuarakan kekesalan.

Baca juga: Tak boleh asap rokok, paru-paru dijangkiti efek suara, Siti Nurhaliza jawab dakwaan suara berubah

Menerusi ruangan komen, anak seni yang sudah bergiat 27 tahun dalam industri itu memberikan semangat buat Liza Hanim.

Iklan

“Tulisan itu jelas menunjukkan keperibadiannya yang tidak baik & hati yang hitam.

“Jangan menyentuh soal fizikal kerana semua orang tidak sempurna.

“Kesal dengann kelantangan netizen yang konon pandai menilai tetapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohan.

“My dear sis @lizahanim79 teruskanlah perjuangan kerana setiap pengorbanan dan kesungguhan ALLAH SWT janjikan kejayaan!

“Inilah masanya. Semoga ALLAH permudahkan segalanya buatmu sis!” kongsinya.

Iklan

Liza antara enam penyanyi yang mara menerusi ‘hot seat’ ke All Stars Gegar Vaganza untuk bersaing bersama 10 juara daripada sembilan musim terdahulu Gegar Vaganza.

Baca juga: ‘Jagalah kehormatan kita sebagai wanita.’-Liza Hanim

Wartawan: Aqmar Mustaza, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!