Otai akur gagal ke pentas akhir MLM2021
KUMPULAN Otai terpaksa akur apabila diumumkan tersingkir pada minggu separuh akhir program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Jumaat.
Gabungan Azlee Senario, Acong dan Ieda Moin gagal melangkah ke pentas akhir MLM2021 yang bakal berlangsung pada minggu depan apabila tampil dengan persembahan kurang menyengat dan berada di kedudukan terbawah dengan markah 38.66 peratus (%).
Pada mingu separuh akhir, kesemua peserta tampil dengan dua tugasan yang bertemakan Konti Radio dan Hobi.
Sementara itu, kumpulan Bahye sekali lagi terpilih menjadi penerima Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Adabi dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000 dan produk Adabi bernilai RM500 menerusi persembahan yang cukup menghiburkan.
Selain Bahye, kumpulan yang turut melayakkan diri ke pentas akhir ialah Puteh, Tobat, Boro dan Tiro.
Persembahan setiap peserta diadili oleh lima juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor selaku ketua juri; Noh Salleh, Diana Danielle, Uqasha Senrose dan juri misteri yang dirahsiakan identitinya, Sang Bara.
Barisan juri mewakili lima ‘Ha’ dan 70% markah, manakala 30% lagi daripada undian penonton menerusi platform digital Gempak.
MLM2021 menggabungkan barisan pelawak baharu dan lama untuk berentap merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM500,000.
Program dihoskan oleh Datuk AC Mizal itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (107), setiap Jumaat, bermula jam 9 malam.
KEDUDUKAN & MARKAH PENUH MINGGU SEPARUH AKHIR
- Bahye (59.33%)
- Puteh (58.93%
- Tobat (58.92%)
- Boro (57.19%)
- Tiro (56.16%)
- Otai (38.66%)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang