Pakai jam jutaan ringgit, Tok Ti dipuji ramai tetap rendah hati

A
A
A

BARU-BARU ini berlangsungnya Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) di ibu negara menyaksikan ramai selebriti hadir bagi memeriahkan acara berkenaan.

KLFW membuat kemunculan semula berikutan edisi maya tahun lalu mendapat sambutan menggalakkan akibat pandemik Covid-19.

KLFW yang berlangsung dari 1 hingga 7 November itu mempamerkan 48 pereka Malaysia yang mengetengahkan koleksi ready-to-wear mereka di mana acara tersebut boleh dipertontonkan secara digital dan juga bersemuka di Pavilion Kuala Lumpur.

Acara tersebut tampak meriah namun apa yang paling menjadi perhatian ramai sudah tentu penampilan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tok Ti) yang kelihatan anggun pada majlis berkenaan.

Heboh di media sosial dan menjadi bualan ramai apabila anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu dilihat menggayakan seutas jam tangan yang dianggarkan mencecah jutaan ringgit.

Pakai jam jutaan ringgit, Tok Ti dipuji ramai tetap rendah hati

Menerusi satu perkongsian di Twitter, berdasarkan hasil carian oleh netizen, penyanyi yang terkenal dengan lagu Anta Permana itu dipercayai memakai jam berjenama Richard Mille bernilai RM1.1 juta.

Selain itu, tular juga di laman TikTok menunjukkan harga beg tangan yang digayakan Tok Ti juga mencecah puluh ribu ringgit namun hanya diletakkan di lantai ketika menghadiri majlis.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-rata memuji ibu kepada dua cahaya mata itu tetap merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk kekayaan.

Kata warganet, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu sememangnya layak memakai jam dan beg tangan berkenaan apatah lagi sudah bertahun-tahun menyanyi dan ianya hasil kerja keras selama ini.

Ujar mereka;

"Artis wanita yang perlu dicontohi, tak pernah berlagak walaupun kaya raya. Dari segi percakapan, tingkah laku dan pakaian semua sopan."

"Sebab tu dari dulu sampai sekarang saya tetap suka sikap Tok Ti. Sentiasa win dahla cantik."

"Idola dari dulu, humble, tak sombong, tak menunjuk, biasa-biasa je dia. Tak tayang sangat."

"Tok Ti kaya dan ada 'class'. Tak Payah nak tunjuk harta dan bagitau satu dunia yang dia kaya."

"Inilah bezanya orang yang dahulunya susah bekerja keras berbanding dengan orang yang lahir-lahir terus kaya."

@jeppwaksalamOne and only ❤️‍?❤️‍?❤️‍? @ctdk_official.. jam dia saja, mcam bawak sebiji banglo kat tangan ???

♬ Seribu Kemanisan - Siti Nurhaliza

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca