PENYANYI dan pelakon, Naim Daniel mengurangkan sebarang aktiviti dan tuntutan kerja bagi meluangkan masa bersama keluarga pada bulan Ramadan ini.

Katanya, jadual kini sibuk bagi menyelesaikan urusan dengan ahli kumpulan dan memenuhi iftar sahaja.

Bagi persiapan raya pula, Naim berkata, raya pertama di rumah keluarga dan kedua balik ke kampung di Melaka.

Kongsi Naim, setiap kali raya, bapa yang memainkan peranan besar dalam menghidupkan suasana raya.

“Kami kalau raya walaupun dah besar dan kahwin tetapi papa sentiasa nak hidupkan ‘mood’ raya itu jadi setiap tahun tak pernah ‘miss’ buat lemang.

“Petang raya dah start dah rewang depan rumah. Dari kecil sampai besar, memang peranan saya menentukan menu berbuka dan raya pula, saya yang memilih tema warna pakaian.

Iklan

“Adik-beradik lain, macam kakak kemas rumah, abang pula bantu bakar lemang,” katanya.

Dalam pada itu, menyentuh soal jodoh, jelas Naim, tidak mahu menetapkan ciri-ciri wanita idaman sebaliknya memperbaiki diri terlebih dahulu kerana sikap isteri itu cerminan diri.

Iklan

“Saya lebih suka jodoh Naim itu kan… orang kata cerminankan sama-sama belajar (menjadi lebih baik)

“Bagi saya sama-sama nak ke arah lebih baik sebab tak guna juga kalau senaraikan ciri nak wanita bagaimana tetapi naim sendiri tak seberapa,” katanya.