Paras oksigen dalam badan Siti Sarah kini menurun sehingga 40 peratus

SHUIB - SITI SARAH
SHUIB - SITI SARAH
A
A
A

PELAWAK Shuib memaklumkan perkembangan terkininya keadaan isterinya Siti Sarah yang kini berada dalam keadaan tidak memuaskan apabila paras bacaan oksigen dalam badannya kembali menurun sehingga 40 peratus.

Menurut Shuib, sebelum memulakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat untuk malam ketiga sebentar tadi, doktor memaklumkan keadaan kesihatan Sarah agak merosot.

“Tadi sebelum saya majlis sesi siaran langsung ini, saya baru dimaklumkan oleh doktor yang keadaan Sarah sangat tidak baik.

“Paras bacaan oksigen dalam badan Sarah kini menurun sehingga 40 peratus. Sekarang doktor tengah terbalikkan badan dia dan berusaha sebaik mungkin,” ujar Shuib yang memohon orang ramai agar terus mendoakan isterinya itu.

Bacaan Yasin dan doa selamat secara maya itu diketuai oleh Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan disertai lebih 900 orang.

Siti Sarah kini masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan belum sedarkan diri sejak Jumaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca