Park Seo Joon bakal sertai The Marvels?

Untitled design (13)
Untitled design (13)
A
A
A

PELAKON Korea Selatan, Park Seo Joon disebut-sebut bakal membintangi filem terbaharu The Marvels.

Menurut laporan Star News, Seo Joon baharu selesai menjalani penilaian dalaman serta perbincangan selepas mendapat tawaran menyertai The Marvels baru-baru ini.

Pelakon berusia 32 tahun itu dijangka bakal terbang ke Amerika Syarikat sekitar Julai depan bagi memulakan penggambaran filem berkenaan.

Bagaimanapun sehingga kini agensi pengurusannya Awesome ENT enggan mengulas lanjut mengenai khabar gembira terbabit dan segala butiran termasuk watak yang bakal dilakonkan Seo Joon masih menjadi teka-teki.

Selain watak utama Bee Larson yang kekal membawa watak sebagai Captain Marvel, The Marvels turut dibintangi Teyonah Parris sebagai Monica Rambeau.

Filem itu adalah sekuel kepada Captain Marvel yang pernah ditayangkan pada tahun 2019. The Marvels arahan Nia DaCosta dijadualkan akan ditayang pada 11 November 2022.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca