Pelakon era 1960an, Mimi Loma meninggal dunia

Mimi Loma
Mimi Loma
A
A
A

PELAKON dan penyanyi era 1960an, Mimi Loma, meninggal dunia ketika sedang tidur di kediamannya, di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak Kuala Lumpur, sekitar jam 2.19 pagi Sabtu.

Allahahyarham Mimi Loma atau nama sebenarnya, Aminah Ismail menghembuskan nafas pada usia 75 tahun di sisi anak anak tunggalnya, Sherina Othman.

Menurutnya Allahyarham tidak menunjukkan sebarang tanda ingin pergi, sebaliknya hanya mengalami cirit birit dan kurang selera makan sejak beberapa hari lalu.

Terdahulu sebelum itu, Allahyarham yang juga merupakan adik kepada biduanita Allahyarham Puan Sri Saloma dan Allahyarham Mariani Ismail itu dalam keadaan uzur disebabkan mengalami sakit belakang selepeas terjatuh lebih setahun lalu.

Jenazah Allahyarham Mimi Loma akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudahtul Sakinah, Batu Caves hari ini.

Allahyarham yang pernah membintangi filem Ahmad Albab pada tahun 1968 itu meninggalkan seorang anak dan tiga cucu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca