PELAKON, Tan Sri Michelle Yeoh akan dianugerahkan ijazah kehormat dari Institut Filem Amerika (AFI) atas sumbangan besar dalam industri perfileman Hollywood!

Pelakon berusia 60 tahun itu tidak lama lagi akan dapat menambah satu lagi gelaran kepujian iaitu Doktor!

Beliau juga akan menjadi penerima pertama Asia, Ijazah Kedoktoran Seni Halus oleh AFI seperti yang dilaporkan oleh The Hollywood Reporter.

Berpuluh tahun anak kelahiran Ipoh , Perak itu menempa nama dalam industri lakonan berskala mega di Asia dan Hollywood, setiap projek yang melibatkan beliau secara tidak langsung pasti mengharumkan nama Malaysia yang dibawa bersamanya.

Terbaharu, Michelle Yeoh mencipta kejayaan luar biasa menerusi filem komedi, Everything Everywhere All at Once, baru-baru ini.

Berikut 9 info menarik mengenainya;

1. Sangat membanggakan, gelaran ini merupakan gelaran pertama diberikan kepada artis Asia.

2. Michelle Yeoh akan menerima gelarannya pada majlis perasmian Konservatori AFI di TCL Chinese Theatre di Hollywood, California pada 13 Ogos ini.

3. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AFI, Bob Gazzale berkata, impak ditinggalkan Michelle di seluruh dunia sangat luar biasa dan selayaknya menerima pengiktirafan itu.

4. Ujar Bob Gazzale, Michelle Yeoh menjadi inspirasi seluruh dunia menerusi bakat luar biasanya. Dedikasi ditunjukkan terhadap bidang seni amat membanggakan AFI.

Baca juga Magis Anuar, Ziana Zain! Antara tangis dan teruja peminat

5. Michelle Yeoh merupakan artis Malaysia yang sudah 40 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan yang bermula kerjayanya dalam filem Hong Kong pada 1990-an.

6. Kerjayanya kemudian memuncak dengan membintangi beberapa filem terkenal seperti filem James Bond Tomorrow Never Dies, Memoirs of Geisha , Crazy Rich Asians, dan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.

Iklan

7. Pada tahun ini pun, filem yang dibintangi oleh Michelle Yeoh telah berjaya mendapat pujian daripada pengkritik filem, kerana peranannya sebagai Evelyn Wang dalam Everything Everywhere All at Once.

Baca juga Natasha Elyzza belajar daripada kesilapan

8. Michelle sudah berlakon lebih 70 filem antaranya, Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs of a Geisha, Tomorrow Never Dies, Crazy Rich Asians dan sebagainya.

9. Khabarnya, Michelle Yeoh juga memegang watak Dr Karina Mogue dalam Avatar 2 yang akan disiarkan pada penghujung tahun 2022 ini.

Iklan

Pencapaian Michelle Yeoh boleh menjadi inspirasi kepada kita semua, anak muda. Kerjayanya dalam dunia perfileman memang layak untuk menjadikannya legenda filem Asia.

Syabas dan tahniah, Tan Sri!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.