Pelakon veteran, Fetty Dzul meninggal dunia

FETTY DZUL MENINGGAL DUNIA
FETTY DZUL MENINGGAL DUNIA
A
A
A

PELAKON veteran Fetty Dzul meninggal dunia meninggal dunia akibat Covid-19 tahap lima di Hospital Selayang, sekitar jam 7.30 pagi Khamis.

Fetty atau nama sebenarnya Fatimah Abd. Rahim menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 63 tahun selepas lebih dua minggu bertarung melawan virus Covid-19.

Pemergian dramatis popular era 1970-an dan 1980-an itu dikongsi salah seorang anak Allahyarham kepada pihak media.

Terdahulu Persatuan Seniman Malaysia sebelum ini turut memaklumkan keadaan Allahyarham Fetty yang dilaporkan sedang kritikal dan memerlukan alat bantuan pernafasan ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ketika hayatnya, Allahyarham cukup dikenali dengan watak-watak antagonis dan pernah membintangi drama kepolisan terbitan Datuk Yusof Haslam Remang-Remang Kota Raya, Harimau Rimba dan Debu-Debu Kota sekitar tahun 1980-an.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca