Pelakon veteran Julie Faridah meninggal dunia

Toh Puan Julie Faridah
Toh Puan Julie Faridah
A
A
A

DUNIA seni tanahair sekali lagi menerima berita duka dengan pemergian seorang pelakon veteran, Toh Puan Julie Faridah @ Joria Basir yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman, pada pagi Ahad di Hospital Pantai, Ipoh, Perak.

Allahyarham Julie yang terkenal dengan watak Faridah menerusi filem Keluarga 69, arahan Tan Sri P. Ramlee, menghembuskan nafas terakhir pada usia 77 tahun, di sisi tiga orang anaknya, setelah dua minggu dimasukkan ke hospital.

Menerusi kenyataan yang dikongsi Seniman kepada media, anak kepada Allahyarham, Aziah Jasmin berkata, jenazah ibunya telah dimandi dan dikafankan di rumahnya di Jalan Watson, Ipoh sebelum dibawa ke perkarangan Masjid Dato’ Panglima Kinta untuk dikebumikan bersebelahan pusara suaminya, sekitar jam 11 pagi Ahad.

“Segala perjalanan urusan pengkebumian berjalan lancar dan bagi pihak keluarga kami sangat terharu kerana arwah ibu diberikan penghormatan untuk disemadikan di perkarangan Masjid Dato’ Panglima Kinta Ipoh,” ujarnya.

Allahyarham Julie berkahwin dengan Datuk Sri Azizul Hassan dan meninggalkan tiga orang anak iaitu Mohammad Yaakob, Aini Faridah dan Aziah Jasmin.

Allahyarham juga berbesan dengan Raja Perlis Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail kerana anak lelakinya, Mohammad Yaakob berkahwin dengan anak bongsu Tuanku Raja Perlis, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Mahkota Perlis Sharifah Fariza binti Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin.

Bagaimanapun, Allahyarham yang merupakan anak kelahiran Bentong, Pahang itu terpaksa melupakan hasrat untuk terus aktif dalam bidang seni kerana mengikuti arwah suaminya yang berpindah randah kerana tuntutan kerjaya sebagai seorang pegawai kanan polis ketika itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca