BERSEMPENA Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang bakal berlangsung pada 6 Mac ini, Hot FM bakal tampil dengan kempen menarik buat orang ramai dan pendengar setia Hot FM menerusi Hot JL.

Kempen ini telah bermula pada 21 Februari lalu, menawarkan wang tunai hampir RM10,000 buat pendengar bertuah yang berjaya meneka dengan betul lagu dan penyanyi yang pernah tersenarai di pentas AJL.

Antara langkah yang perlu dilakukan untuk menyertai Hot JL ini adalah dengan mendengar Hot FM sepanjang hari dan nantikan isyarat memanggil ke udara.

Pendengar yang menjadi pemanggil terpantas dan berjaya meneka jawapan dengan betul berpeluang untuk menang wang tunai bernilai RM100. Jika mereka tidak berjaya meneka lagu & penyanyi dengan betul, wang tunai akan di bawa ke segmen yang seterusnya.

Lebih menarik lagi, pendengar bertuah yang menelefon Hot FM pada waktu bonus akan diberi soalan tambahan dan berpeluang memenangi wang tambahan bernilai RM300.

Pendengar boleh dengar Hot FM sepanjang hari untuk berpeluang menang wang tunai hampir RM10,000, setiap Isnin hingga Jumaat di Hot FM Rakyat Rangers, Fara Fauzana, AG & Fad (6 pagi – 10 pagi), Hot FM Non Stop Empat Lima, Ayu (10 pagi – 3 petang), Sembang Squad, Haziq & Riena Diana (3 petang – 7 malam) dan Hot Flix, Imran Aqil (8 malam – 12 tengah malam).

Selain itu, Rakyat Rangers juga memberikan pengisian yang menarik sepanjang Februari ini dengan misi #FaraHilang10kg. Selepas pulang dari Kedah sempena Rakyat Rangers Tour yang lalu, Fara Fauzana berhasrat untuk mengurangkan berat badan sebanyak 10kg.

Iklan

Antara cabaran yang dilakukan oleh Fara Fauzana adalah berjalan sebanyak 10,000 langkah, tidak mengambil gula dan makanan berminyak, dapatkan tips diet daripada Kevin Zahri dan nasihat bersenam daripada pelakon, Norman Hakim yang aktif bersenam di gym.

Terbaru AG dan Fad berjaya mendapatkan tempat untuk Fara melakukan aktiviti Muay Thai dan akan memulakan latihannya itu bersama Saiful Merican, MMA Pro Fighter Malaysia yang juga pemilik gym Muay Thai pada minggu ini dan minggu depan.

Iklan

Nantikan adakah Fara Fauzana berjaya hilangkan 10kg dalam masa tiga minggu dan ikuti misi #FaraHilang10kg di media sosial Hot FM.

(FOTO: HOT FM)