Pembawa bendera Tonga, curi tumpuan ramai

Pita Taufatofua
Pita Taufatofua
A
A
A

MESKIPUN berlangsung dalam situasi pandemik dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat, majlis perasmian sukan Olimpik Tokyo 2020 dirai penuh kemeriahan pada malam Sabtu.

Turut menjadi perhatian tentunya upacara perarakan bendera oleh barisan atlet yang bertanding bagi mewakli negara masing-masing.

Jika kontijen Malaysia menggamit perhatian menerusi penampilan unik persalinan tradisional yang diinspirasikan daripada pahlawan Melayu, lain pula dengan negara Tonga.

Kontinjen negara itu mencuri tumpuan ramai menerusi penampilan pembawa benderanya, Pita Taufatofua yang juga merupakan atlet sukan taekwando.

Meneruskan tradisi negaranya, atlet berusia 37 tahun itu tampil tanpa baju dengan lumuran minyak, sekali gus mempamerkan sosok tubuhnya yang sasa dan kemas sehingga menjadi tular dan diperkatakan ramai semenjak semalam.

Berkongsi momen tersebut di laman Instagram miliknya, Pita merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat dan pengikutnya yang tidak putus memberi semangat kepada atlet yang bertanding meskipun tidak dapat berada di stadium.

“Terasa bangga dan kecil diri ini. Saya tahu anda semua tidak dapat berada di sini menyaksikan secara langsung. Tapi semangat setiap daripada kamu sedarilah bahawa kami dapat rasakan.

“Saya benar-benar bersyukur untuk anda semua,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya memberi doa dan kata-kata semangat buat Pita, selain memuji ketampanan dan sosok tubuhnya.

Difahamkan, temasya kali ini merupakan penampilan kali ketiga Pita dengan penampilan serupa.

Adakah aksi Pita dalam sukan yang diwakilinya juga bakal tular sebagaimana penampilannya semalam, kita sama-sama nantikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca