Pemilihan sebagai Snow White dipertikai, Rachel Zegler tak melatah

A
A
A

PENDATANG baharu, Rachel Zegler telah dipilih untuk menjadi bintang utama dalam filem Disney iaitu Snow White.

Bagaimanapun pemilihan Rachel mendapat kecaman ramai kerana seperti diketahui umum, watak Snow White dalam filem animasi itu digambarkan memiliki kulit putih bak salji dan berbeza dengan kulit Rachel yang sawo matang.

Tidak melatah dengan kritikan netizen, pemilik nama sebenar Rachel Anne Zegler, 20, ‘berjanji’ tidak akan mengubah warna kulitnya semata-mata kerana watak ikonik itu.

Perkongsian yang dibuat Rachel menerusi laman Twitter miliknya, sebelum ia dipadamkan.

"Ya, saya Snow White. Tidak, saya tidak akan akan memutihkan warna kulit untuk watak itu” tulisnya.

Namun Rachel telah memadam tweet tersebut selepas menerima komen dan reaksi daripada netizen.

Selain Snow White and the Seven Dwarfs, Rachel juga bakal tampil dengan filem Shazam! Fury of the yang dijangka akan ditayangkan pada 2023.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca