KEHIDUPAN selebriti yang dilimpahi dengan kemewahan dan popular membuatkan ramai yang terpesona dengan gaya mereka.

Golongan ini juga menjadi individu yang sentiasa mendapat perhatian masyarakat.

Sebagai peminat, sudah tentulah sanggup melakukan apa sahaja asalkan mendapat perhatian artis kesayangan.

Namun, tidak kurang juga ada yang mengambil langkah ekstrem dengan cara mengambil tindakan undang-undang ke atas artis tersebut.

Berikut senarai empat selebriti yang pernah disaman peminat:

1. Taylor Swift

Sekitar tahun 2015, penyanyi berusia 32 tahun itu pernah disaman oleh peminat bernama, Russell Greer.

Difahamkan peminat terbabit telah menghasilkan sebuah lagu buat Swift bertajuk I Get You Taylor Swift.

Namun, pihak pengurusan telah menolak hasrat lelaki terbabit sehingga menyebabkan Greer berasa berang dan menfailkan tuntutan saman sejumlah AS$7ribu (RM29,112).

Disebabkan berang tuntutannya tidak dilayan, Greer sekali lagi menyaman Swift sebanyak AS$50juta (RM208juta).

Bagaimanapun, tuntutan tersebut disifatkan tidak berasas dan telah ditolak.

2. Justin Bieber

Siapa tidak kenal dengan bintang popular, Justin Bieber.

Satu kejadian tidak diduga berlaku sekitar tahun 2010, sewaktu beliau mengadakan konsert di Oregon, Amerika Syarikat.

Ketika itu Bieber sedang duduk di atas sebuah replika logam berbentuk hati yang digantung menggunakan kabel dan bergerak ke kawasan penonton.

Disebabkan bunyi jeritan yang kuat telah menyebabkan replika tersebut bergema dan memberi kesan balas bunyi sehingga dikatakan telah mencederakan pendengaran seorang wanita, Betts.

Betts yang menemani anaknya ke konsert tersebut kemudian menuntut saman sebanyak AS$9juta (RM37.4juta).

Tuntutan tersebut bagaimanapun digugurkan.

3. Usher

Difahamkan sekitar tahun 2017, seramai tiga individu telah mengambil tindakan undang-undang ke atas Usher kerana dipercayai telah menyebabkan mereka dijangkiti penyakit kelamin.

Iklan

Ketiga-tiga mereka menuntut Usher agar membayar ganti rugi termasuk kos guaman.

Insiden tersebut juga bukan pertama kali terjadi ke atas Usher kerana sekitar tahun 2012, Usher pernah disaman atas tuduhan sama.

Namun, kes tersebut diselesaiakan di luar mahkamah.

4. Bon Jovi

Kumpulan rock popular, Bon Jovi dengan lagu mereka, It’s My Lif juga pernah disaman.

Dikatakan, sekitar tahun 2007 kumpulan ini telah menerima tuntutan saman daripada seorang peminat yang mengatakan lagunya diciplak oleh penyanyi tersebut.

Iklan

Samuel Bartley Steele mengatakan lagu ciptaannya Man I Love This Team sama dengan lagu Bon Jovi bertajuk I Love This Town.

Kedua-duanya meminta ahli muzik profesional untuk mengklasifikasikan kesahihan lagu terbabit dan nyata tidak ada sebarang persamaan.

Jadi, secara kesimpulannya peminat akan menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian selebriti atau masyarakat setempat.

Mungkin, bukan hanya peminat, tetapi individu yang mempunyai niat untuk menjatuhkan selebriti itu juga kebarangkalian akan melakukan perkara sama.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram