Penampilan Syafinaz Selamat pakai tudung buat ramai teruja, ini cara berhijab jelita ikut bentuk muka

A
A
A

Penampilan Syafinaz Selamat pakai tudung buat ramai teruja, ini cara berhijab jelita ikut bentuk muka

GURU vokal dan penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat mencuri perhatian warganet apabila tampil sopan dalam sebuah perkongsian di media sosial miliknya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Syafinaz memuat naik satu rakaman video yang memaparkan dia sedang membuat promosi sebuah karnival.

Difahamkan, penyanyi lagu Ingin Bersamamu itu mempromosikan karnival sempena peristiwa Israk Mikraj yang akan diadakan Bersebelahan Masjid Negeri, Seremban pada 17 dan 18 Februari ini.

Namun apa yang lebih menarik perhatian, dalam rakaman tersebut penyanyi berusia 50 itu tampil sopan dengan mengenakan hijab serba gelap.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja melihat penampilan Syafinaz yang sopan berhijab itu.

Malah ramai juga mengagumi kecantikan penyanyi itu yang kekal jelita biarpun usianya kini mencecah 50 tahun.

Ada antaranya mendoakan agar dirinya kekal dengan imej sebegitu suatu hari nanti.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian Syafinaz itu telah meraih lebih 10,000 tanda suka.

Baca juga Harta peninggalan milik penuh anak lelaki, jangan abaikan hak anak yatim begitu berat hukumannya

tudung

Sementara itu, ini cara berhijab ikut bentuk muka agar wajah anda kelihatan lebih jelita;

1. Bentuk muka bulat

Wanita yang mempunyai bentuk muka yang bulat ni, biasanya panjang dan lebar mukanya hampir sama. Manakala tulang rahang pula, agak berisi atau tembam.

Sekiranya anda gemar memakai tudung yang mempunyai awning seperti tudung bawal, pastikan awning di bahagian tulang pipi tidak melepasi pipi.

Jadi, elakkan melipat tudung sehingga terlalu menonjolkan pipi. Hal ini kerana, wajah anda akan kelihatan lebih bulat sekiranya tudung yang dipakai menampakkan tulang pipi.

Sebelum anda memakai selendang, pastikan anda memakai anak tudung yang agak nipis supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pakai selendang dengan gaya yang loose dan jangan melilitkan selendang terlalu ketat.

2. Bentuk muka bujur

Wanita yang mempunyai bentuk muka bujur ini sebenarnya agak beruntung. Hal ini kerana, setiap jarak antara rahang, pelipis, tinggi kening, dan jarak dagu adalah seimbang.

Oleh itu, setiap jenis style tudung, anda boleh gayakan dengan mudah. Jadi, anda tidak perlu bimbang untuk memakai pelbagai gaya tudung.

Baca juga [7 FOTO] Manis bertudung litup, Sultanah Nur Diana Petra anggun rai hari keputeraan suami, terima darjah kebesaran

3. Bentuk muka petak

Wanita yang mempunyai bentuk wajah petak ini mempunyai jawline yang panjang dan lebar. Oleh itu, gaya tudung yang sesuai mestilah menutupi bahagian rahang.

Sekiranya anda mempunyai bentuk muka petak, gunakan anak tudung sebelum mengenakan tudung. Hal ini supaya wajah anda akan kelihatan sedikit memanjang.

Sekiranya anda memilih untuk memakai selendang, elakkan daripada menggayakan ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk.

Hal ini kerana, gaya ini tidak menyembunyikan bahagian jawline. Sebaiknya, anda memakai gaya selendang yang loose, iaitu dengan melilit selendang di sekeliling leher tanpa menggunakan sebarang kerongsang di bahagian dagu.

4. Bentuk muka panjang

Wanita yang mempunyai raut wajah yang panjang, lebih kurang sama dengan mereka yang memiliki bentuk muka bujur.

Wajah dengan bentuk yang panjang, biasanya memiliki dagu yang panjang juga. Bentuk keningnya agak lonjong dan lebih tinggi dengan jarak pelipis.

Jarak pelipis pula sama dengan jarak rahang. Oleh hal yang demikian, penggayaan tudung perlu sesuai bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi.

Jika anda bijak menggayakan tudung yang sesuai dengan wajah, ia boleh bantu menjadikan wajah anda untuk kelihatan bujur.

Cara pakai tudung ikut bentuk muka panjang ialah dengan menggunakan anak tudung yang melekap di dahi. Hal ini supaya dapat menutup bahagian kening yang tinggi.

Pastikan anda melipat sedikit tudung hingga menampakkan rahang pipi supaya wajah tidak kelihatan panjang.

Walau bagaimanapun, semua jenis penggayaan selendang lebih sesuai untuk wanita yang memiliki raut wajah yang panjang.

Baca juga Manis bertudung bawal, perkahwinan sederhana, ringkas Nurul Izzah jadi perhatian warga maya

5. Bentuk muka segi tiga/ bentuk hati

Wanita yang mempunyai bentuk muka segi tiga atau hati memiliki pelipis yang lebih lebar berbanding pangkal rahang.

Oleh itu, gayakan tudung yang dipinkan ke belakang tengkuk agar bahagian rahang lebih kelihatan.

Bentuk muka segi tiga ini juga agak beruntung kerana wajahnya hampir mirip dengan bentuk muka bujur.

Jadi, semua jenis gaya tudung sesuai dipakai. Namun, disarankan untuk menajamkan bahagian awning tudung supaya dahi tidak kelihatan luas.

Jadi, selepas ini anda bolehlah gayakan tudung yang sesuai dengan bentuk wajah anda agar kelihatan lebih menawan.

Sumber tip: sisrasa.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca