Pencarian Hero Remaja 2021 bakal bermula, ini barisan 12 finalis

Untitled design (52)
Untitled design (52)
A
A
A

PENCARIAN Hero Remaja anjuran Nu Ideaktiv dengan kerjasama Astro Ria kembali untuk edisi kesebelasnya pada tahun ini dengan misi mencungkil pelapis bakat baharu industri seni, selain menjadi suara kelompok remaja di Malaysia.

Sejak dianjurkan bermula tahun 1990/1991, industri seni tanah air selama 31 tahun ini telah diwarnai dengan kehadiran finalis Hero Remaja daripada generasi berbeza.

Legasi yang dipegang oleh pencarian itu diteruskan menerusi Hero Remaja 2021.

12 finalis Pencarian Hero Remaja 2021 tersebut ialah Afiq Hamidon (20, Selangor), Alif Haiqal (21, Kuala Lumpur), Amir Ahnaf (21, Terengganu), Aryan Naim (24, Negeri Sembilan), Aqil Taqee (22, Kuala Lumpur), Farhan Nordin (23, Johor), Fazziq Muqris (21, Selangor), Ideen Azman (21, Melaka), Mierul Aiman (23, Putrajaya), Syazani Zainal (19, Selangor), Zaid Erakad (23, Selangor) dan Zaim Yazid (22, Selangor).

Program Pencarian Hero Remaja 2021 akan menemui penonton selama lapan episod pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam mulai 11 September secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.

Program berkenaan turut menampilkan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sebagai pasangan hos.

Selain itu, juara Dewi Remaja 2005/2006 iaitu Scha AlYahya juga akan kembali ke kerusi juri tetap bersama pelakon, pengacara, penerbit, pengarah dan usahawan terkenal, Datuk Rosyam Nor.

Bagi mengikuti informasi terbaharu Pencarian Hero Remaja 2021, kunjungi laman web www.remaja.my/hero, Facebook [majalahremaja] dan Instagram [majalahremaja].

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca